I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 31, 2011

Balik Kampung !!


hari Ahad, kami satu keluarga pulang ke kampung.. jolobak jolobu.. maksudnya kat jelebu la tu.. dan seperti semua orang tau, daerah jelebu merupakan kawasan terkering kat Malaysia..
jadi tak hairanlah kalau dulu masa kecil2, masa rumah atuk masih rumah papan, suasana di tengahhari memang sgt2 panas.. ada masa tak terduduk kat rumah.. sebab panas yang membahang.. teringat dulu, aku bentangkan tikar tidur di bawah rumah.. tp alhamdulillah.. sekarang ada rezeki lebih sket.. rumah atuk dah berumah batu..
.
kali ni balik ke kampung, memang aku nak tngok perubahan atuk setelah menjalani pembedahan prostat tempoh hari.. sampai je depan pintu pagar.. nampak atuk tergesa2 membuka pintu cermin rumah.. atuk keluar sambil mengangkat kedua-dua belah..
itu tandanya, dia memang benar2 dah sihat.. alhamdulillah syukur nikmat..
nampaknya hasrat aku ingin melihat atuk sembuh dan tidak lagi memakai tiub kencing sebelum aku pulang ke maktab terlaksana.. dan kini atuk benar2 sudah sihat..
.
atuk menceritakan kepada aku dia sudah boleh menunaikan solat seperti dahulu kala..
sudah boleh ke kedai dengan berjalan kaki.. sudah senang untuk membuang air..
terpancar keseronokan atuk bila dia merasakan die lebih senang sekarang untuk berbuat apa sahaja yang dia mahukan.. alhamdulillah..
dan yang paling penting.. atuk tidak melupakan aku..
wajah aku masih atuk kenali dari dulu sehinggalah semalam aku bertemunya..
risau jugak kalau aku adalah antara wajah yang pernah atuk lupakan seperti wajah sebilangan orang sewaktu dia ingat-ingat lupa tempoh hari..
.
sebelum pulang.. sempat juga mejenguk sepupu aku, kak long ikin..
dia selamat melahirkan anaknya.. UMAR HADI..
comel jer tadi aku melihat anaknyer..
.
masa nak balik ke Seremban..
hujan semakin lebat seperti tak mahu berhenti..
dan pemandangan kiri dan kanan dah pun rupa macam sungai..
dan jalan raya dipenuhi air..
terpampang kat tepi jalan banyak papan tanda yang bertulis..
.
'AIR MELINTAS JALAN'
kami semua ketawa !! kah! kah! kah! lupa pada bahaya..!!
.

16 comments:

ZWAN SABRI said...

Bestnye balik kampung..
syukurla klaw atok dah sehat.. ;)

ceguzeha said...

komen aku takde kne mengena dgn entri nih..
tapi aku nk komen gk..hehe
BLOG KAU BUAT AKU RINDU MAKTAB!
sangat2.siap caps-lock lg okay!
hehe..

rindu maktab weyh!! >.<

sarah zulk said...

air dgn kereta, air la lagi kuat.. tu yg kene bgi air melintas dulu..

mestila atok kau ingat.. kan kau yang jaga dia sebulan dulu.. orang tua kan peka dgn orang2 yang rapat dgn dia.. ingat la dia sampai bila2..

Anati Soki said...

hehehe.. air melintas jalan? nice one.. heheheh
balik kampung.. ooo balik kampung. ehehehhe

IMANSHAH said...

saya belum sempat menjengah bunda di kampung..esok atau lusa insyaAllah

Blog Eazy Izzuddin said...

aaahh..
rindu nak balik kampung
huk2...
bile ea kita nak jumpa ni??
hehe

zazaw said...

hihihi
dah cuti heh
aku tak sabar nak balik kg esok
thennn nak lepak kat Seremban puasssssssssss puasssss

afzan said...

air melintas? boleh guna term ni. selamat bercuti mate :)

iKhRam said...

zwan sabri: best.. dapat balik kampung.. alhamdulillah..atuk memang dah semakin sihat..

iKhRam said...

ceguzeha : tempat jauh lg dikenang.. inikan pulak tempat bermain.. tak lama lagi.. korunk balik la maktab tercinta nie..

iKhRam said...

sarah zulk: eh, lupa pulak kan.. kita manusia kalau nak melintas pandang kiri kana.. air tak kire tu semua.. main leintas jer.. terpaksa la kita yang berakal ni memberi laluan..

iKhRam said...

ANATI SOKI: yey yey yey !! balik kmpg.. hahaha!!

iKhRam said...

IMANSHAH : semoga perjalanan anda ke kampung selamat dan diberkati allah swt

iKhRam said...

eazy izzuddin : seronok.. nak jumpa atuk..
insy.. ada rezeki kita kaan berjumpa k?

iKhRam said...

zazaw : rasanya dah sampai ke serembau kau nie.. hehehe.. enjoyla.. kitaorang ni dah puas merayau.. hahaha

iKhRam said...

afzan: gunalah mr afzan.. ayat tu memang menarik.. selamat bercuti jugak k?