I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 16, 2011

Ponek Dah Jadi Kughuih Ni..


Hari ini aku bantai merempit.. cewah.. cam la brani sangat kan? Tak de la.. waktu senja-senja macam tadi mana ada kereta sangat.. Jadi aku bawak la motor tu laju sket dari biasa.. Apapun aku tetap selamat.. Betapa enjoynyer merempit sambil mulut terkumat-kamit menyanyikan lagu ILUSI.. hahaha.. tak bley blah betol !!
.
Apapun, hari ni aku keluar bersama seorang kawan. Seronok jugak bertemu dengan dia.. Apapun die mempertikaikan aku.. "dalam gambar nampak macam dah gemuk sket ?? " Jeng3x.. kurus lagi ke aku ni walaupun dah makan banyak ?? Itu persoalan yang bermain dalam fikiran aku sehingga kini...
.
Betapa susahnya menjadi orang kurus..?? Biarlah orang-orang yang kurus saja yang tau.. hahaha.. Dari segi BMI, tubuh badan aku masih lagi dalam kedudukan ideal.. tp setakat pangkal2 je la.. tp sekurang-kurangnya tak la terlalu kurus.. tapi orang tetap mempertikaikan perkara "kurus" itu.. huh !
.
Aku sentiasa mempercayai apa yang pensyarah aku selalu cakap.. beliau mengatakan mungkin kerana kadar metabolisme dalam badan aku ni tinggi.. menyebabkan badan memerlukan tenaga yang banyak untuk menghadamkan makanan terutamanya... ok, aku terima..!!
.
Jadi mari kita lihat, apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah kekurangan berat badan yang dialami oleh orang-orang seperti aku ini.. hahahaha... :
  • Nafsu makan yang berkurangan disebabkan berbagai-bagai sebab, seperti kurang waktu tidur, mengalami penyakit kronik, stres, kekurangan vitamin ataupun jadual kerja yang terlalu padat.
  • Faktor genetik. Hal ini mungkin terjadi disebabkan faktor genetik yang diturunkan kepada generasi baru dapat menyebabkan kadar metabolisme tinggi atau mempunyai sel lemak yang kurang. jadi jangan hairan apabila melihat seseorang itu mempunyai selera makan yang besar namun memiliki tubuh yang kurus... ini kerana mungkin genetiknya sebegitu..
  • Usia. Semakin meningkat usia, semakin berkurangan keupayaan tubuh menyerap nutrisi makanan dan zat gizi makanan sehari-hari.
  • Makanan dan minuman yang mengandungi kafein, mahupun nikotin, ataupun bahan perasa. Hal ini kerana, zat-zat dari makanan dan minuman yang mngandungi bahan-bahan ini mampu mengurangkan selera makan yang normal sehingga menyebabkan situasi kurang selera makan ini menjadi berterusan dan akhirnya mengurangkan berat tubuh.

Bagaimana mahu mengatasinya??

  • Perbanyakkan makan. Perlu makan lebih dari normal tetapi harus memikirkan gizi yang seimbang. Bagi yang tidak biasa, jangan makan sehingga mendadak lebih dari lima kali. Itu tidak baik k?
  • Minum susu. Hal ini kerana susu mengandungi protein yang tinggi. Minum susu full cream dua cawan sehari.
  • Memperbanyakkan olahraga kerana selain dapat mengalirkan darah dengan baik, tubuh dapat mengedarkan protein ke seluruh badan dengan lebih berkesan.
  • Kunyah makanan sehingga makan menjadi halus. Hal ini supaya makanan dapat dicernakan dengan cepat dan berkesan. Lagipun selain di mulut, tiada lagi gigi di bahagian tubuh yang lain utnutk mencerna makanan.
  • Makan makanan mengikut aktiviti seharian yang dilakukan. Sekiranya banyak bergerak, perbanyakkan makan makanan yang berkarbohidrat dan berlemak.
  • Pastikan tidur yang cukup. Peruntukkan untuk tidur selama 8 jam. Latih diri untuk tidur petang. Hahaha...!!
  • Kurangkan merokok.

Bila aku tengok langkah2 mengatasi tu.. macam tak terbuat jer.. that's why aku tau kenapa aku kurus sampai ke hari ini.. Sedih giler !! Nak minum susu, aku loya dengan susu. Nak suruh olahraga? masa tak de, letih.. Nak kunyah banyak-banyak kali ? Malas.. tapi yang aku suka.. usahakan tidur petang.. yang tu best.. yang tu insyaallah aku boleh buat.. hahaha.. tp nak peruntukkan tidur lapan jam tu susah.. keje banyak la..!!

Itulah, kita selalu risaukan orang-orang yang obesiti, walhal orang-orang yang mengalami masalah kekurangan berat badan juga menghadapi masalah yang sama.. Orang gemuk nak kurus, orang kurus nak gemuk.. hehehe.. manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..

Teringat macam mana aku susah nak mencari seluar dulu.. nak ikut pinggang, nanti seluar singkat.. nak ikut panjang kaki, nanti pinggang seluar besar pulak.. memang masalah.. tp itu dulu, sekarang.. insyallah, tidak lagi..!! ceh, macam dalam iklan pulak..

Itu belum lagi nak diambil kira cakap-cakap orang.. " aik, kurus je ko nie.. mak abah tak kasi cukup makan ker?" berdesing jugak telinga nak dengar.. walhal makan melebih dari orang lain.. hahaha..

Apapun aku bersyukur dengan keadaan diri aku sekarang cuma kalau boleh aku mahu menambah sedikit berat badan aku agar nampak sedikit seimbang dan.. kacak sket la kot?? hahaha.. (ketawa besar) sapa setuju angkat tangan cam citer Hantu Kak Limah.. !!

p/s - semoga BMI aku bertambah selepas ni.. hahaha..

.

10 comments:

::FAIZ:: said...

aku jaga badan tak nak gemuk sangat, tapi tak nak kurus sgt. cara aku makan nasi sekali je sehari... pastu amek makanan lain ganti nasi

iKhRam said...

Faiz Farish : kalau saya, mana la nak tahan nasi sepinggan sehari.. hahaha

Anonymous said...

:) ya btol..mana tahan 1 pinggan je nasik sehari..makan mesti banyak2..
orkid rasa, ikhram patut makan berat2 macam ayam, daging. Dengan cara tu, berat badan akan meningkat. Kalau nak cepat naik berat badan dan badan, tiap2 malam makan burger. Seminggu pun cukuplah..then boleh timbang berat.. 1 kg boleh naik. Tapi, kurang elokla makan burger hari2. So, tiap2 keputusan, ada pro dan kontranya bukan?

Blog Eazy Izzuddin said...

uish..
nasi itu penting hehe
xD

IMANSHAH said...

nafsu makan membuak ni..hehe

noa said...

aku tepengaruh ngan cakap org

bila org kata aku kurus: aku pun makan banyak ar kan, tengah2 mlm sblm tido pun makan roti sapu planta bnyk2 sbb nak gemuk

pastu skang org kata aku dah berisi : aku makan nasi seari skali je skarang

arrr peningggg mane satu yg ok sebenanye nih

ENTRY HOT : Hari Ini Dalam Sejarah

iKhRam said...

orkidmanis : ye ke cik orkid.. lepas ni kene baykkan makan mcd .. hahaha

iKhRam said...

Eazy Izzuddin : betul3x.. nasi memang penting.. !!

iKhRam said...

IMANSHAH : biasa lah.. musim cuti adalah musim unutk melepaskan dendam untuk makan dan tidur..

iKhRam said...

nora : miss noa.. apa yang sepatutnya kita lebelkan tubuh kita ni ek.. ada masa akur asa tubuh kita ni dah ok.. tp bila dikritik.. kenapa ragu2 pulak kan? hahaha..