I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 30, 2011

LamaTerpisah, Kini Kembali.

"..Jika teringat tentang dikau.. jauh di mata dekat di hati.. Sempat terfikir tuk kembali.. Walau beda akan kujalani.. Tak ada niat untuk selamanya pergi.. Jika teringat tentang dikau.. jauh di mata dekat di hati.. Apakah sama yang kurasa.. Ingin jumpa walau ada segan.. Tak ada niat untuk berpisah denganmu.."

(Melly Goeslaw & Ari Lasso, 2000)


Perkenalan kami dari tahun 2004 berpanjangan sehinggalah ke hari ini. Mereka berdua sentiasa di sisi sewaktu susah senang semasa zaman persekolahan dulu. Yang berbaju purple tu Cik 'Awatif dan yang bertudung biru tu Amirah Asman.


Tahun 2004 itu aku baru saja berpindah ke sekolah mereka, yakni sekolah baru aku pada masa itu. Kiranya aku ni macam makhluk asing jugaklah.. Al maklumlah aku baru saja datang dari selangor.. dan mereka rata-ratanya asal usul dari utara. Kiranya tak pernah la keluar2 dari negeri utara mereka tue. Jadi, bila aku bercakap, mereka semua kata aku ni 'loqlaq'.. sebab aku cakap kl..


Tapi diorang tak tau, aku dalam hati, hari-hari gelakkan loghat utara mereka.. yang bukan saja asing aku dengar, malah bunyinya memang melucukan kadang-kadang.. apatah lagi kalau percakapan mereka itu dicepatkan dan nadanya dilanjut-lanjutkan.. tapi aku diamkan saja. Sebab aku kan budak baru. Kene la ikut 'rule' mereka. Kene buli tu biasa la, sebagai pendatang baru.


Jadi, antara ramai kawan-kawan aku, dengan mereka berdua ni lah yang paling aku rapat. Sampaikan emak aku sendiri kenal dengan mereka ni. Kami tiga-tiga dilantik sebagai pengawas sekolah. Malangnya, dalam lembaga pengawas, kami bertiga antara ahli berhaluan kiri dan selalu dalam pemerhatian guru pengawas. Walhal kami bertugas dengan baik..!! hahaha..


Kalau zaman sekolah dulu-dulu dalam kelas, kami bertiga ni memang kuat bercakap. Ada jer benda nak share. Selalunya aku la yang jadi pendengar dan penyelesai masalah mereka. Sampai sekarang, jawatan kaunselor tu tak pernah hilang.


Semua perkara kami lalui bersama. Keluar rehat pun sama-sama. Malas buat keje sekolah pun rancang sama-sama, jadi.. kene denda tak siap kerja rumah pun pastilah bersama-sama jugak kan? Begitulah kalau menghadapi masalah pun bersama-sama.


Antara faktor yang menjadikan kami sangat serasi adalah sikap tolenrasi yang menebal dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kami selalu bersangka baik dan sama2 menyokong dalam hala tuju kehidupan masing-masing. Dalam perasaan, kami selalunya berkongsi apa saja.


Setiap hari, kalau berjumpa tiga muka ni, hari aku takkan pernah untuk 'diam'. Semua orang nak bercakap dan semua orang nak tergelak-gelak. Kalau sorang marah kepada sesuatu, yang lain akan turut marah. Kalau sorang benci kepada sesuatu, yang lain pun akan benci. Bila sorang sedih, semuanya akan sedih.


Dan saat-saat aku bercadang untuk berpindah meninggalkan sekolah itu, merekalah antara orang yang paling terkejut. Aku sengaja merahsiakan keputusan aku dari semua pihak. Dan bila aku membuat ucapan di tapak perhimpunan, mereka berdualah yang menangis paling teruk. Dan tangisan itu tidak pernah aku lihatkan setelah setiap hari kami sering tersenyum dan ketawa.


Awatif dan Amirah..

Tiada indah secantik bahasa.. tiada seri secantik persahabatan kita. Zaman kita yang bodoh-bodoh itu, kalau diingat balik memang indahkan kan? hahaha.. Sorang garang, sorang lagi blur2.. dan sorang lagi kelakar.. huh?! Dan semua tu tak pernah berubah..


Kalau dulu bercerita tentang pelajaran dan kisah-kisah remaja.. pertemuan hari ini lebih berkisar kepada kerjaya, masa depan, keluarga, CGPA, kereta, rumah, gajet,... dan tak terlepas juga isu-isu perkahwinan, jodoh, dan perpisahan... huhuhu !! Rupa-rupanya, aku kini bakal melangkah ke fasa pra-dewasa.


Oh, Tidakkkkkkkkkkkkk!!

.

p/s - Ops! Baju raya beli lepas raya k? saja g survey.. angka 1 dan 2 adakala mimpi indah buat si kaki shopping.. dan tanda " / " sungguh menerujakan.. hahaha...!! Kalau cik Hana ada sekali kan lagi best?

.

(sori, entry kali ni panjang)

.

15 comments:

ZWAN SABRI said...

Apa kono eh jang gelak2kan oqang utagha cakap nii? ni yang geram nii.. HAHA.. :p

MySuaraBlog: Asal Usul Kaca Mata Hitam

aiman mania said...

susah nak cari kawan yg setia cam nih walaupon berlainan jantina.....wahhh..!!terharu aiman membacanya..moga persahabatan berkekalan hendaknya....!!

ღKekunangpelangiღ said...

Seronok kalau ada kawan yang susah senang dengan kita. Kalau jadi apa pun, tak perlu nak risau sangat. kan?


p/s : Kimsalam boleh? ;p

fat said...

ooo. pi dating ek?
apa2 pn nice frenship :)


http://boongakecik.blogspot.com/2011/07/selamat-datang-ya-ramadhan.html

Hans Hanis said...

owh
pengawas berhaluan kiri
hehehehe
bagus2
rapat bebenor nih

Adam Ikan said...

besh blerr dpt reunion nie . time nie loeh nk kgsi cterr . ap yang hot ap yg kuren . haha

Unknown said...

Oh, gelakkan loghat utagha ya? siap hang hahahhaha

Puan Kutu said...

haha lohat utara sempoi apa.loghat nogori tak reti.hehe..

Anonymous said...

rindu pulak kat kawan2 zaman form5 dulu.
sobss3
:(

IMANSHAH said...

ikhram selamat berpuasa dik

aziekz said...

ikhram,,,ni setiakawan,,bgus la,,,
susah nak crik kwan sebaik itu..biasa lpas je tkar sek,tpt ke...trus lost contact..klu ada pun..dah tak intim...tp...ikhram ok..ramai kwan,,caya la.;

ghost said...

kim salam sama cik awatif...moga aku berpeluang mengenalinya.cewah!

Unknown said...

1/2 price, mimpi jgak mlm ni,hehe

tintabercerita said...

salam..okay cik awatiff..sy knal!!hahah

shimiz88 said...

kome kuar xajak pown teman kn