I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 28, 2011

Otai

" Di paruhmu kemilauan sinar.. menyepuhi sejuta rasa.. kemuliaan di hatimu.. bening budi terdampar di jagat raya.. Di sayap taufan kau jelajahi.. awan gemawan membawa rindu.. kasihmu merentangi kezamliman dan ketidak adilan.. Jentayu, patah sayap bertukar paruh... jentayu, patah paruh bertongkat siku... Jentayu, patah siku bertongkat dagu.. Jentayu, patah dagu bertongkat kuku.. Pinjamkanlah hatimu untuk semua.."

( Nyanyian Sheila Majid dan Nora )


Hari ni kecoh pasal line merah kat maktab ibu kandung tercinta. Dewasa ini pelbagai undang-undang baru tercipta di maktab. Bukan tidak setuju tetapi undang-undang yang dicipta 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' ini adakalanya merimaskan.


Nak buka pekung di dada pun tidak molek. Biarkan isu-isu di maktab kekal menjadi satu isu.. Kepada mereka yang lebih berhak, pasti sudah pun membuat keputusan yang terbaik. Di mana ada undang-undang di situlah kita wajar mematuhinya.


Baiklah. Dalam sepanjang hidup aku, ada beberapa perkara yang emak sangat-sangat menghalang aku dari melakukannya. Pertama, membazirkan wang tak tentu hala dan yang kedua berdiri tegak untuk berdebat. Emak sangat menghalang aku sehinggakan aku digelarkan 'pak sanggup' oleh emak bila aku menyertai pertandingan debat semasa di bangku sekolah dulu. Kerana apa..?? aku sendiri pun tidak tahu..


Dari kecil, aku memang suka memberikan pendapat. Seawal umur tujuh tahun lagi aku sudah menyertai pertandingan bercerita mewakili seluruh anak-anak tentera di kem bukit ibam untuk bertanding di Kuantan. Darjah lima aku sudah pun berdiri tegak menyertai pertandingan pidato dan semakin aktif sehinggalah aku tingkatan lima mewakili sekolah dalam pertandingan bahas.


Seingat aku, ketika darjah enam, aku sanggup mendeklamasikan sajak kemerdekaan di depan seluruh warga sekolah yang lebih dari seribu orang itu, untuk menyuarakan ekspresi diri aku betapa kagumnya aku kepada bekas Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Emak walaupun tidak suka, tetapi akhirnya mengalah dengan sama-sama membina penulisan sajak itu.


Sama jugaklah senario hari ini. Bila berbincang sesuatu isu di maktab, senarionya seseolah sedang berkempen politik di tanah air sendiri. Aku sendiri lelah. Letih sebenarnya sekadar membaca. Walhal kebanyakan yang memberi komen dan menerima komen serta menjawab komen bertindak macam budak-budak baru nak habis sekolah.


Aku kalau hal-hal remeh temeh; aku lebih suka membaca dan buang jauh-jauh. Tapi isu hari ni serius juga rasanya.


Kes hari ini yang membuka mata aku ialah sikap kita yang suka melabelkan orang lain. Aku nak ingatkan di sini, bagaimana betul pun prinsip dan pegangan hidup kita, bersikap profesional pada tempat-tempat rasmi dan menjaga adab serta budi bahasa sangat perlu. Di situlah orang menilai kita, siapakah kita dan di manakah tahap pemikiran intelek kita sebagai seorang manusia apatah lagi pemimpin.


Jadi, sikap suka melabelkan seseorang mahupun sekumpulan manusia secara langsung ataupun tidak langsung mecerminkan keperibadian siapa kita sebenarnya. Apatah lagi dengan label-label yang tidak baik. Watak sebegini rasanya tak sesuai nak ditonjolkan dalam kalangan masyarakat.


Aku berpegang kepada prinsip tindakan yang berhemah pasti melahirkan banyak kebaikan. Walaupun siapapun anda, orang takkan pandang melainkan budi bahasa yang mencerminkan pekerti siapakah anda itu. Barulah kata-kata anda dipegang orang.


Jadi kesannya, aku 'berdebat' juga malam ni. Secara tak sengaja sebenarnya. Asalnya ingin memberitahu rasa kurang senang dengan pelabelan istilah yang bagi aku sangat serius bunyinya. Sangat serius yer. Entah untuk siapa akan label-label tu pun aku tak tau.


Berdebat dengan baik adalah menyerang dengan bukan menyuarakan serangan peribadi. Begitu juga dengan teknik penyoalan. Ada dua jenis pertanyaan.. pertama mahukan penjelasan dan yang kedua mahu menduga serta menjatuhkan. Ingat, berada di maktab bukan untuk bertanding tetapi lebih kepada kepentingan kebajikan seluruh warga maktab.


Sikap merasakan diri sudah bagus perlulah dibuang jauh-jauh. Kita ni berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang. Termasuklah aku yang wujud sebagai ahli. Akal sejengkal jangan laut dalam hendak di duga. Hormatilah orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati.


Pemimpin yang dihormati adalah pemimpin yang menghormati orang yang dipimpinnya. Dahulukan akal sebelum melepas kata. Gunakan hati sebelum menjatuhkan kenyataan.

.

p/s - aku tak sangka aku berjaya mengegarkan dunia hari ini, biarpun suara aku kecil. Maaf. Aku ni tak lama lagi bakal menamatkan pengajian di maktab, jadi mana yang tak tau saje aku nak bgtau supaya adik-adik yang baru masuk maktab ni kenal aku siapa yer?


Otai tak ?? hahaha.. gurau jer..!!

Aku rasa aku ni senior yang baik kan ?? hahaha...

.

41 comments:

Budak Hati said...

go ikram..... btl apa yang ang cakap kat group :)

iKhRam said...

Budak Hati : bukan apa.. nak mengajar adik-adik kita menghormati orang lebih tua.. jangan lepas cakap ikut sedap mulut jer..

kalau kita rasa kita pandai, ada lagi manusia yang lebih pandai dari kita..

aiman mania said...

entry yg menarik!!!sokong 100% apa yg diperkatakan...btw,aiman pon aktif gak dulu dalam bidang ko-akademik nih,,,,,,terutamanya bahas n pidato...!!!...in short,isu label melabel org lain tak perlulah......bukan apew,sebelum nak melabel org lain nih,cermin diri kita dulu....in short,diam itu adalah lebih baik drpd berkata2....yg mana kena tegur,kita tegur.....betul x?

belog|amiyo said...

jadilah senior contoh. hehehe

Kakzakie Purvit said...

Ada yg bercakap bukan main sewaktu dicalonkan, tapi bila dah terpilih menjadi ketua suara hilang bersama kredibilitnya sekali....:(

iKhRam said...

beog amiyo : insyallah. mungkin boleh menjadi senior contoh..

iKhRam said...

Kak Zakie : iyer.. setuju.. alhamdulillah, ketua-kutua yang dilantik di sini semuanya kuat bersuara dan bertindak.

namun adakalanya kata-kata yang diluahkan itu melanggar etika dan sikap kemasyarakatan yang perlu dijaga.

jangan mudahh melabel dan menghukum sesuatu dengan sewenang-wenangnya.

iKhRam said...

aiman fanboy k-pop : itulah, pengalaman2 yg lepas tu sangat indah untuk dikenang..

kadang2 kita berdiam bukan tandanya kita ni tadak mampu bersuara. tp lebih gemar utk bersuara apabila perlu.

undnag-undang yang dikuatkuasakan sudah pastilah akan dipatuhi. Namun jgn jadikan undang2 ini unutk sebagai medan utk melabelkan orang2 dengan sesuka hati..

seseolah undang2 yg digubal memang utk 'menyedapkan' segelintir dari mereka.

jangan bersikap begitu. kita ni manusia. kalaupun tidak kita buat kesalahan pada sesuatu tempat, sudah pasti di suatu tempat yg lain kita kaan buat kesalahan jugak..

jadi jgn sewenang2 nak ckp yang bukan2 apatah lagi anda tu bercakap tntg orang lain.

bila bercakap pada laman rasmi, jadilah seorang yg berprofesional

itu saja nasihat saya.

eddy syrol said...

apsal mak halang berdebat? aku suka berdebat..samapi habis U aku masih join debat... buat aku lebih berani dan berilmu...

jom terjah



BACA DAN CLICK TAU



CERITA SARANG JERUNG

iKhRam said...

Eddy Syrol: entahlah.. mungkin emak risau tidak mampu ataupun mak bimbang saya terabai dalam pelajaran..

ZWAN SABRI said...

Sometime kita kena berdebat untuk cari jalan penyelesaian dan untuk tegakkan kebenaran.. Senior yang baik, teruskan usaha murni mu itu.. ;)

iKhRam said...

Zwan Sabri : adakala saya ni lebih kepada menurut.

Undang2 yang digubal itu saya patuh. tetpai suara-suara sumbang yang suka melabelkan dan memandang rendang keapda orang lain dnegan merasakan diri berasa sudah bagus sgt2 tidak menyenangkan hati saya..

seperlunya mereka ini diberi peringatan.

mendidik manusia lebih baik dari menghukum.. betul tak?

- abdul hadi abdul muti - said...

iKhRam

tak salah kalau apa yang kita nak tegakkan tu memang betul.semenjak da ni, tak tau la kebetulan ke or ape, ramai yang buat post pasal melabelkan orang.huhu

::FAIZ:: said...

stuju ngan kakzakie

KinosKoko said...

perkara kecik macam tong sampah tu pun nak debat sampai aku rasa ada sesetengah yang still macam budak2..

Adam Ikan said...

pnjg nye celoteh org negeri haha

mr.syazwan said...

panjang dan bermakna

hahaha

ko leh jd pemimpin tpi jgn pimpin pompuan ok

=_=

iKhRam said...

abdul hadi abdul muti : hari ini orang kalau nak kukuhkan suatu prinsip mesti dgn melabelkan orang lain sebagai batu loncatan. itu perkara biasa.

adakala ia baik kalau seakdar ingin menajdikan contoh.. tp biarlah berpada..

kalau sesuatu yg dikatakan bagaia da kepentingan sendiri.. tu memang tidak adil.. jgn jadikan suatu dasar dan undang2 adalah milik anda..

sebab undang2 bersifat peribadi itu sgt menjengkelkan.

iKhRam said...

faiz farish ; setuju jugak dengan pendapat beliau.

iKhRam said...

Kinoskoko: adakala beri ruang utk berpendapat.. tp pihak yg sepatutnya menerima, bagaikan tidak menerima. kalau terima pun dengan bahsa yang sgt sukar untuk diterima..

jadi apa perlunya ruang sebegini..

apatah lagi sikap keterbukaan tidak ada..

tepuk dada tanya selera.

iKhRam said...

ikan : kadang2 terlebih pulak.. hahaha.. isu kali ni memang perlukan celotehan..

iKhRam said...

Syazwan : saya harap tulisan saya ni penuh makna. bukan mudah utk tampil sebegini.. utk menyedarkan seseorang yg lantang bersuara tanpa memikirkan persekitaran.

Unknown said...

umur tujuh tahun ekau dah bercerita yo...terbaik la ekau nih...

adrinaqamarina said...

hey orang nogori yang bersuara kecil~ hehe.


kalau jadi budak debat, banyak sangat mengajar kte dalam kehidupan ni, cara nak handle masalah, cara kte nak suarakan pendapat kte biar nampak yang kte ni ada ilmu~


berdebat tak ada ilmu pun buang masa je~

is revered by you said...

perh..mulanya nak singgah tengok jer..n malas nak baca sampai habis..tp tak sangka...seyes entry yg ni manarik.. kata2 yg tersusun mencerminkan anda warga berintelek... mahasiswa berlandasan...thumbs up! keep it up.

iKhRam said...

Papa Mifz : yup.. secara tak sengaja.. mencuba dan terpilih.. dahsyat kan.. dah la pemilihan berdasarkan undia semua ibu bapa kat kem tue.. huhuhu

iKhRam said...

adrinaqamarina : yer.. bila menjejakkan kaki ke dunia realiti barulah saya tau betapa bermanfaat memasuki skuad debat dulu..

hehehe..
sore kecil ini kalau sekali menggegar dunia.. bergegar beb! hahaha

iKhRam said...

A crack mirrior : sgt gembira membaca apa yg kamu tulis.. semoga terus dengan pembacaan.

penulisan kita menggmabarkan siapa kita.

cha zainol said...

dan aku tawu kau maseh senyum baca a crack mirror punya komen. kalau semua nak tawu, die ni memang semangat habis debat berdebat ni siap angkat tangan lagi ;p

aziekz said...

yg pasti,,penulisan en.ikram mmg power...tak mustahil guru sains jd guru BM...

Anonymous said...

nice entry.
chemay pon selalu jugak kena jadi mak sanggup if ada pertandingan debat dekat sekolah dulu2.
:)

iKhRam said...

cha zainol : hahaha !!
pantang tak angkat kan kalau orang suruh bercakap kan..? hahaha

nak buat cam ner.. kalau suka bg komen, mengkritik, berdebat.. mesti habis-habisan.. hahaha!

iKhRam said...

chemay : ye ker?
hehehe..

tak la jadi pak sanggup sgt.. kadang saya yg betul2 nak.. kadang2 cikgu yg betul2 mengharapkan..

tapi semuanya berbaloi..
tp zaman sek dulu mak memang tak suka saya aktif takut mengabaikan pelajaran.

iKhRam said...

aziekz : tidak la..
penulisan saya biasa2 saja..

tapi saya memang lebih minatkan bahasa dari sains. tp bila mempelajari dan mengajarkan sains, saya dapati saya lebih mendapat byk ilmu dgn subjek ini..

jadi subjek ini sgt bermanfaat.

Blog Eazy Izzuddin said...

wow...
penulisan dia..
kagum...

anda telah menggegarkan dunia sekali
lagi..
xD

iKhRam said...

eazy izzuddin : tak bergegar sgt pun.. sebab sapa la saya ni..

sore2 kecil kat mktb.. yg mahu semua manusia belajar menghormati sikap. adakala terlalu extreme sgt nak membetulkan orang sampai lupa nak jaga adab sendiri.

tak baik jugak kan kalau ada sikap mcm tu.

Unknown said...

Hehehehehehe, ni senior kt maktab mana ni?

iKhRam said...

Azham : maktab kampus penang..

Unknown said...

ini memang senior otai yg terbaik! hehe boleh buat contoh, nice entry!

Fahmi P said...

kimie jenis suka berdebat gak bile merasakan suatu keadaan tue cam tak betul..tak kesahlah samada org kimie ajak berdebat tue bos or sape pun.. yg penting pastu pihak lawan mesti terdiam..sedangkan kimie debat dengan penuh tatasusila..huhuh

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Dijemput pasukan bahas institusi Tuan/Puan untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

Untuk maklumat lanjut dan segala dokumentasi, sila layari blog http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.