I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan



"Ku mengharapkan Ramadhan.. kali ini, penuh makna.. agar dapat ku lalui dengan sempurna.. selangkah demi selangkah.. setahun pun sudah berlalu.. Masa yang pantas berlalu.. Hingga tak terasaku, berada di bulan Ramadhan semula.."


(Man Bai, Raihan)



Ambang bulan Ramadhan bakal aku lalui semula. Rasa kesyukuran sebenarnya dalam diri. Adakala ganjaran yang Allah janjikan sukar dimengertikan kerana tidak nampak pada mata kasar. Namun, percayalah, mustahil hati kecil aku ni mampu untuk menafikan, betapa berkatnya bulan Ramadhan Al mubarak. Alhamdulillah.


Sudah pastinya, rutin harian pasti sama seperti biasa. Apa yang berbezanya ialah tidak boleh makan dan minum di siang hari.. dan setiap amalan akan dilipatgandakan ganjaran pahalanya.


Dahulu masa kecil-kecil, bila tiba bulan ramadhan, semua kudrat bagaikan hilang bila tiba pertengahan hari. Selepas sekolah pasti malas mahu mengaji ke surau. Kalau emak sudah letih membebel, emak akan memujuk.


" Abang, bulan puasa ni kalau abang mengaji satu huruf, dapat pahala sepuluh.."


..dari aku mula mengira satu huruf yang aku sebutkan masa mengaji.. sampailah ke langkahan tapak kaki dari rumah ke tempat mengaji. semuanya aku kira dan aku gandakan sepuluh. Begitulah cara emak memotivasikan aku untuk beramal semasa berpuasa.



Aku mula belajar berpuasa seusia darjah satu. Emak akan memberikan satu ringgit sehari aku berpuasa. Namun sekiranya aku gagal menyempurnakan walau satu hari, keseluruhan wang yang terkumpul tidak akan diberikan walau seringgit pun. Jadi memang sedaya upaya aku kene berpuasa penuh. Sebab apa yang emak cakap selalunya emak akan buat.


Perlakuan itu berterusan sehingga ke tingkatan lima yang aku umpamakan sebagai duit raya dari emak.. kerana jikapun emak tak berikan duit puasa itu, aku tetap juga akan berpuasa.


Setiap malam, abah akan ke katil kami, sama-sama membacakan niat berpuasa. Abah baca satu-satu patah lafaz niat dan diikuti kami adik beradik bersama-sama. Kenangan itu memang nostalgia.


Sampailah kepada kenangan abah mengejutkan kami bangun untuk bersahur. Emak pula ketika itu sibuk menyediakan juadah bersahur. Abah selalunya tenang dalam hal-hal kejut mengejut ni. Jikalau susah sangat, didukungnya aku terus ke bilik air untuk membasuh muka.


Kalau ada orang tidak lalu untuk makan sahur, berlainan amat dengan aku. Mak selalu bising, aku kalau makan sahur, macam makan berbuka dibuatnya. Bayangkan kalau kat rumah, boleh pula makan sahur bertambah-tambah. kalau ada telur dadar, memang menjadi-jadi selera aku pagi-pagi sahur tue. Dan tak ketinggalan air teh sebagai minuman wajib.

Pernah satu ketika, emak terlewat bangun untuk menyediakan juadah sahur. Kami satu keluarga terpaksa bersahur dengan maggie kari. memang berapi !!!!!! hahaha..


Begitu juga dengan berbuka. Untuk minggu pertama, selalunya emak akan masak juadah berbuka mengikut kegemaran makanan yang kami pilih. Selalu kuih badak berendam, kuih keria memang akan emak buatkan. Gulai sotong dengan masak lemak putih memang pembuka selera yang menarik. Selain air soya dan air oren sunquick ais. Tak nampak dah air kosong. hahaha..


Kalau kecik-kecik dulu, nak tunggu pukul tujuh memang azab. Terpaksalah menonton siri 'Jejak Rasul'. Terlupa sekejap yang aku sedang berpuasa. Kadang-kadang 'melagha' jugak.. masa darjah enam, setiap petang bulan posa g main game kat rumah Zulfiqri. Alasannya, supaya tak la terasa sangat masa berlalu. cetek kan pemikiran masa tu..??


Berpuasa semasa mengambil SPM paling mencabar. Seharian sibuk di sekolah, tiba malamnya terpaksa keluar tuisyen selepas menunaikan solat sunat terawih. Masa itu aku tak pernah merasakan sekhusyuk itu menunaikannya. Begitu jugak melalui bulan ramadhan semasa berpraktikum tahun lepas. Bersama-sama bertadarus quran bersama anak murid.


Setiap tahun, kenangannya berbeza-beza. Cuma aku merasakan semua itu belum membuatkan hati aku puas melalui bulan mulia ini. Aku sendiri dapat merasakan betapa aku rugi mensia-siakan bulan ini. Semoga ada sinar baru sempena bulan ramadhan yang bakal aku lalui ini. Kelebihan bulan ramadhan ini pasti menjanjikan keberkatan pada mereka yang mahu melihat, mendengar dan merasainya.
Wallahualam.

.
p/s - sebelum aku meninggalkan maktab dan menghabiskan masa sepanjang bulan ramadhan di balik pulau. Aku tidak mahu ketinggalan menghabiskan masa dengan adik-adik yang amat-amat aku sayang ini. Selamat berpuasa yer..!!

(Sori entry panjang lagi.. hehehe)



.

50 comments:

ckLah @xiiinam said...

كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم

aiman mania said...

bila bacew entry nih,teringat keluarga kat kampung..maklumlah hidup di perantauan org............lama tak dengar lagu man bai tuh...^^
aiman masa kecik2 pon macam tuh jugak..haahaa....tapi,makan sahur mmg tak adew selera....pikir nak tidur jew......happy ramadhan..duit raya kalo dapat,share yew?^^

ghost said...

selamat 'berfoya-foya' dengan ramadhan...

biar rasa suka dan kasihnya kita pada ramadhan sama dengan rasa keimanan kita pada tuhan.

kenangan dalam ramadhan adalah ingatan untuk ramadhan akan datang.

- abdul hadi abdul muti - said...

selamat menyambut ramadhan al mubarak. bulan puasa memang banyak ujian, dari ujian tu lah kita boleh check result kita.=)

- abdul hadi abdul muti - said...

selamat menyambut ramadhan al mubarak. bulan puasa memang banyak ujian, dari ujian tu lah kita boleh check result kita.=)

Azlan Strider said...

hehe..seronokkan bila teringat balik puasa time zaman kanak-kanak..hehehe

Regards,
-Strider-

Unknown said...

haha , slamat bpuasa ;D

Far8 budak baik said...

aku merasainye..
aku pun ade adik..
selamat berpuasa ehh..
jangan lupe main meriam k..
hahahahaha...
pastu jgn lupe sahur..
bangun awal k..
pastu kuih raya nnti..
sila share2 ehh..nk rase jugakk =)

chae ra said...

same la dpt rm1 sehari..bersungguh nak pose sbb nak dpr duit mase kecik2 dulu..

Unknown said...

ramadan yang sangat magis, hanya dgn satu pengumuman, membezakan hari ni dengan smlm..

selamat berpuasa!

Unknown said...

dulu kemain kejar duit, skrg mls.hehe.slmat bpose cikgu ikhram

Hans Hanis said...

hehehehe
puasa zaman kanak2 dgn bila besar dah lain rasanya
kanak2 dlu kejar duit
besar2 nih kejar kepuasan pahala
:-)

p/s : Thanks Vote Hans :-)

Mutiara Bernilai said...

salam alaik dik,,

hm, kenangan berpuasa ms kecik2 dulu mmg sgt2 manis n tak dapat nak lupe la, haha, kelakar pon ade,,

hm, nway, moga ramdhan kali ni lebih baik dr yg lepas,,dan moga kesannya bertahan sampai ramdahan yg akan dtg,


p/s: adik, akak post hari ni tau,maaf last week byk projek nak kne kejar milestone..

ZWAN SABRI said...

Bila baca entry Am ni, tetiba terimbau plak zaman zwan posa maca kecik2 dulu.. HEHE

MySuaraBlog: Harapan Ramadhan

Afikah Aziz said...

Salam Ramadhan Kareem :)

- LIANA ASIF - said...

terimbau lak kenangan ms kecik2 dulu.. banyak, sbb yana nakal skit dulu... hehe

SITI ARFAH said...

Salam ramadhan kareem. :)

ieza ashaari said...

Selamat berpuasa, salam Ramadhan..

mmg best berpuasa di rumah selama sebulan.. :P jgn jealous.. hihi..

Unknown said...

tu la...maso kocik2 dulu kalo nak tgu pukul 7 mmg lamo bonar raso eh...hehe

Blog Eazy Izzuddin said...

kenangan...
masa lalu...
salam ramadhan bro..
xD

mr.syazwan said...

air soya, air asam boi perhhh fav

haha

kalau weekends ikan bakar

perhhh

nyam2

nafsu2

haha

SELAMAT MENYAMBUT BULAN MULIA INI

=_=

is revered by you said...

sweet kan kasih sayang parents melayan kita masa kecik2 dulu..ahahaha~ seronok lah baca ur entry..cuz secara xlangsung terimbau kenangan sendiri... nway selamat berpuasa am.

Anonymous said...

rajin2 baca quran tau masa bulan puasa ni.
banyak pahala nyee
:)

selamat berpuasa ikram
:)

iKhRam said...

ckLah : apa maknanyer tu cikgu ??

iKhRam said...

aiman fanboy k-pop : hahaha.. sama la, dok kat perantauan jugak nie..

oo.. tak lalu makan sahur yer.. saya ni tak leh tak makan sahur.. lemah satu badan.. hahaha

duit raya? aduhai.. takd pt dah..! hahaha

iKhRam said...

ghost writer: suka ayat anda tu.. apapun, semoga manisnya ramadhan ni bakal kita rasai bersama.

iKhRam said...

abdul hadi : selamat menyambut ramadhan.. nnt akhir ramadhan , kita check k result masing2.. hahaha

iKhRam said...

abdul hadi : terduplicate ek?

iKhRam said...

Azlan Hasan : mesti kita ingat.. sebab pengalaman berpuasa dulu dan sekarang tak sama.. sgt berbeza.

iKhRam said...

Faraa Eiman : selamat berpuasa jugak yer.

iKhRam said...

Far8 budak baik: selaamt berpuasa. alamak nak share kuih raya?? yg tu kene tnya emak saya la.. dia yang buatkan utk raya kami.

iKhRam said...

chaera : trend satu ringgit satu hari ni memang trend zaman2 dulu kan.. sekrang mana cukup singgit.. hahaha

iKhRam said...

Zuklfikar hazri : selaamt berpuasa jugak yer..

iKhRam said...

amir aizat " ye ker malas? kalau mak bagi jugak singgit sehari.. nak tak? hahaha

selamat berpuasa jugak yer.

iKhRam said...

Hans : betul2.. tak semua ganjaran setanding dgn ganjaran dari alah swt. wallahulam.

iKhRam said...

Mutiara bernilai: kenangan berpuasa yang lepas2 sudah pasti sukar unutk dilupakan..

selamat berpuasa
sentias amelawat blog akak dari masa ke masa.

iKhRam said...

zwansabri ; best kan bila ingat2 zaman puasa kecik2 dulu.. rasa nak putar je masa kan?

iKhRam said...

Afikah Aziz : selamat berpuasa juga

iKhRam said...

Liana Asif : oo.. nakal ek? apapun selaamt berpuasa.. sambil teringat kisah2 muda mudi kita dulu kan?> hahaha

iKhRam said...

Siti Arfah : selamat berpuasa yer

iKhRam said...

izfanora : seronok la dpt berpuasa kat kampung. saya ni pose kat perantauan...

iKhRam said...

Papa Mifz : sngat lama.. kdg2 iklan berbuka dah kuar dah kat tv.. tp tak azan2 pun kan? hahaha.. dugaan sungguh.

iKhRam said...

Eazy Izzuddin : selamat berpuasa..!!

iKhRam said...

mr syazwan : fuh.. dpt pulak ayam percik.. pergh.. memang tak tahan..

selamat berpuasa yer.

iKhRam said...

A crack mirror : punyalah terkenang sampai ke hari ni rindukan zaman berpuasa di rumah.

apapun selamat berpuasa yer

iKhRam said...

chemay : ingat nak bertadarus kat sekolah dgn anak2 murid. indsyallah.

selamat berpuasa jugak yer.

IMANSHAH said...

saya bukak hari ni nasi beriani

iKhRam said...

IMANSHAH: mak ai.. sodapnyo bobuko.. sapo masak tue..?? hehehe

Anonymous said...

salam ramadhan...

iKhRam said...

Fezul Fadhley : Selamat berpuasa jugak yer..