I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 8, 2011

MySuara Blog - Mr. ZwanSabri



Sejak akhir-akhir ini aku memang sibuk. Hujung-hujung semester seperti sem 8 ni betul-betul menguji keimanan dan kesungguhan hati dalam mencapai kecemerlangan diri. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan semester lepas adalah di luar dugaan. Bagi aku keputusan kali ini adalah kejayaan peribadi yang terbaik setelah sekian lama menuntut di maktab ibu kandung ini.



Aku akui.. semester lepas aku memang berusaha sehabis baik untuk diri aku. Pertukaran bahasa pengantar dari bahasa inggeris ke bahasa melayu menjadi batu loncatan untuk aku bersaing sama dengan kawan-kawan. Ini rezeki. Kejayaan ini tidak akan hadir tanpa bimbingan dari kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah serta doa ibu bapa, warga sekolah dan paling utama doa yang baik-baik dari murid-murid.



Atas sebab yang aku sendiri tak pasti, semangat aku masih belum bangkit lagi untuk semester baru ini. Namun tidak dapat aku nafikan, walau apapun aku tetap sibuk. Itu realiti. Dalam kesibukan itu, kesempatan membuka dan membaca blog-blog adalah perkara wajib terutama setelah tamat kuliah serta sebelum masuk tidur.



Satu malam, aku terkejut melihat bloglist pada blog aku, blog bilaorangnogoriceloteh. Aku terperanjat dan tersenyum. Selepas itu aku ketawa. Sebab....



Ada Blogger review blog aku.. !! Hahaha...!! (klik di sini)



Inilah kali pertama seingat aku, blog aku direview kan..!! Dan blogger ini merupakan antara blogger yang terkenal dalam dunia maya kita. Aku perkenalkan namanya - Mr. ZwanSabri.



Dia merupakan blogger untuk blog MySuara Blog yang terkenal dengan info-info hangat dan sangat rasional untuk kita ketahui. Adakala info-info dari blognya agak remeh, tapi kalau tidak kita terjah, kita takkan tahu sampai bila-bila. Mujur Mr ZwanSabri ni sangat peka akan kepentingan isu-isu semasa dan penyebaran pengetahuan am yang dipaparkan.



Pertama kali berkenalan dengan Mr Zwan Sabri ini.. aku masih ingat, ketika itu kami sama-sama sedang bercuti. Cuti hujung semester. Dan saya ketika itu sibuk menjaga atuk di hospital dan dia dengan kecederaan di kaki dan hanya duduk di rumah. Dari situ perkenalan kami berjalan dengan lancar, dan setiap hari sekiranya tidak membalas komen, rasanya seperti ada pengkhianatan dalam persahabatan kami.



Aku tidak dapat tidak, terpaksa mengakui bahawa komen-komen dari Mr Zwan Sabri ini sangat mendorong aku dari terus menulis entry. Komen-komennya sangat membina dan bertindak sebagai penggalak. Pada awalnya bilangan follower kami adalah lebih kurang sama, tapi dia bijak menarik pembaca dan hasilnya kita boleh lihat, dia sudah pun mempunyai peminat tetapnya sendiri. Itu aku kagum. Dia memang ada kesungguhan dalam apa yang dilakukan.



Mungkin aku tidak mengenali dia secara dekat, namun dari cara dia mengendalikan blognya, aku dapati minat dan gaya hidup kami lebih kurang sama saja. Perkara ini mungkin memandangkan faktor umur kami yang sebaya.



Mr Zwan Sabri

Terima kasih kerana telah mengulas blog bilaorangnogoriceloteh. Begitu enak membacanya.. sehinggakan saya tunjukkan kegembiraan ini kepada beberapa kawan lain. Saya ni hanya manusia biasa saja.. yang selalu dimarahi emak, dibebeli kawan-kawan, ditengkarkan adik-adik, diusik anak murid.. namun yang lebihnya adalah saya sentiasa mencuba menyayangi mereka seadanya.. utk setiap masa !!

Usaha anda ini amat-amat saya hargai..



Blog anda juga adalah yang terbaik !! Kerana saya sentiasa menyokongnya dari sehari ke sehari. Dari semasa ke semasa..

Terima kasih sekali lagi.. Mr Zwan Sabri..




Kepada pembaca lain.. teruskan menyokong saya dan kawan saya Mr.ZwanSabri k?

.

p/s - Kenapa esok mak suruh duduk hostel je ek ???

.

7 comments:

cha zainol said...

dan ketahuilah semua. betapa adik aku ini teruja sampai aku dipaksa baca tatkla DR.Y bagi kuliah sce31apaakutatawu. aku kalau masa tu DR. Y panngey aku soh jawab mmg konfom kena halau percuma saja. btw, taniah adik. tengs juga Mr Zwan Sabri kerana buat adik aku happy. :)

Anonymous said...

alamak... kebetulan sy pun tulis entry pasal BELIAU.. pasti beliau tersonyum riang.. Betoi x Encik Zwan?

ayanuts said...

he..he..besnter ada org review blog..maknanya ni msti blog yg bermutu

Ryan Ervan said...

waa, ada orang review blog cikgu. Famos amos la hahaha...

IMANSHAH said...

alhamdulillah semoga hubungan terjalin sesama blogger akan teruskan

ZWAN SABRI said...

Ayoooooo, hari ni baru aku sempat baca entry nii.. Btw, sumpah terharu sangat2.. panjang bejela ek ulas.. btw, Thanks sangat2.. x tawu nak cakap apa.. hanya mampu ucapkan THANKS! THANKS! dan THANKS! ;)

Unknown said...

kawan baik! hehe