I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 18, 2010

Al-Fatihah..

Usia kita adalah rahsia Allah.. sesaat tak kurang sesaat jua tak lebih.. betullah kata orang.. ajal maut jodoh pertemuan itu ketentuan tuhan.. bukan kuasa kita menentukan itu semua.. dan dalam melalui keempat2 perkara itu, semuanya perlu melalui pelbagai ranjau dan jika mahu difikirkan apa yg berlaku pada masa akan datang.. sudah pasti terbatasnya pemikiran kita.. kerana Allah Maha Mengetahui.. semuanya yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya..
.
Petang ni bukanlah hari yang terbaik untuk aku bila mendapat khabar dari Zul bahawa salah seorang kawan seperjuangan kami kini sudah tiada lagi.. kami sebatch memang terlalu akrab.. apatah lagi untuk kumpulan SNED (science edu.) kami bak adik beradik.. susah salah seorang antara kami.. susah la semuanya.. dan pemergian salah seorang antara kami ini sudah tentu menimbulkan rasa terkejut dan ketidaksangkaan..
.
kini kami berkongsi kedukaan lagi.. kehilangan arwah Ahmad Abdillah Hafiz sudah pasti dirasai kesemuanya antara kami.. arwah yang berpersonaliti kemas dan teliti malah sentiasa sabar dan 'cool' sentiasa disenangi ramai.. teringat satu dua kenangan yang tak mungkin dilupakan bersama arwah biarpun tidak serapat kawan2 sekumpulan negeri arwah..
.
Pada suatu ketika dulu, sedang kawan2 asyik sibuk bersedia membuat ulangkaji subjek Earth and Space untuk peperiksaan semasa di sem 5 dulu.. aku terasa sangat tertekan.. memandangkan aku tidak terlalu tumpu kepada subjek itu.. aku hanya menumpukan kepada subjek2 yang lain.. jadi tekanan itu semakin menjadi2 bila kawan2 se'study group' yang lain semuanya sudah bersedia.. akhirnya aku keluar dari kumpulan itu dan mencuba untuk belajar sendiri.. namun aku usaha aku gagal sehingga aku dapati arwah juga belajar sendiri di biliknya.. dari perbualan kami, aku gerakkan hati.. nampaknya aku memang perlu study bersama dia yang juga baru nak usik topik subjek ini.. satu malam kami cover segala topik untuk subjek nie.. betapa sabarnya arwah mengajar aku... dan kenangan itu tidak dapat aku lupakan bila aku mengetahui aku lulus subjek itu.. cepat2 aku berjumpa arwah dan mengucapkan terima kasih.. mungkin itulah kenangan terbesar yang menjadi memori aku bersama arwah..
.
Bagai seolah2 mengetahui.. sebelum kepulangan aku ke rumah.. sempat rasanya bersalam bersama kawan2 seperti biasa yang aku buat dan tak terlepas bersalam bersama arwah sambil berpelukan dan memohon maaf.. tak aku sangka itulah kali terakhir rupa2nya aku memandangnya...
.
Secara jujur, arwah seorang yang sangat kemas.. kalau berkemeja, sudah tentu kemejanya bergosok kemas siap bergaris2 di sisi baju.. dengan aksesori yang berjenama menjadi hobi untuk aarwah kumpulkan.. memang arwah seorang yang sempurna dalam berdandan.. itulah gaya seorang guru.. namun Allah lebih mengasihinya dan Allah jua tahu hikmahnya yang tidak kita ketahui..
.
Semoga arwah ditempatkan bersama dgn golongan orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.. amin..
.
Al fatihah..

13 comments:

syrupmasin said...

adoii..sedehh..saba ye..al fatiha..

Nik FeEzaH said...

amat terkejut bila mngetahuinya...al-fatihah buat arwah..

cik jue said...

al fatihah buat arwah..
Allah lg menyayanginya...arwah mmg amat kemas =)

sarah zulk said...

orang baik disayangi Allah.. Al-FAtihah

ZWAN SABRI said...

Adoi, sumpah sayu kowt aku naca entry nii..
smoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.. amin!
xpa, allah lebih sayangkan dia..

Mata Hati said...

tiada yang kekal atas dunia ni.. al-fatihah

T-CH3R MY@ said...

Takziah , Al-fatihah !
mOga roh arwah sentiasa dlm rahmat-Nya .

amiinnnn . :)

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

sentiasa kekal abadi
ketahuilah diri
dia telah pergi
walau aku masih di sini

Sudah menjadi ketetapan
Tidak sedetik terawal
tidak sedetik terlewat
Perginya tak kembali lagi

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

zazaw said...

semoga kau sabar doh

nulhazwany abdul malik said...

al fatihah. semoga arwah ditempat kan dalam kalangan orang beriman...

huhu kawan datang dan pergi

afzan said...

al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat

Ain Atika said...

al fatihah...semoga dia di tempat kan di tempat orang yang beriman.

Qamarul said...

al fatihah