I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 17, 2010

Narnia !

Hahaha.. gambar di atas ternyata tidak memberi peluang untuk fokus kepada diri aku.. aku tenggelam dgn cahaya yang melatari poster filem Narnia... hahaha !! Tak mengapa la.. Poster filem Narnia lebih penting.. Malam ini aku ke Terminal 2 menonton tayangan filem Narnia - The Chronicles Of Narnia The Voyage Of The Dawn Treader.. bersama kawan baik.. Mr. Amar yang lebih senang aku gelarkan sebagai Am Besar.. maklum saja kedua2 antara kami menggunakan nama singkatan 'Am'.. jadi aku yang lebih muda ni terpaksa la jadi Am kecik.. walaupun sebenarnya tubuh aku lebih tinggi dari dia.. hahaha... tanda hormatkan??
.
Terima kasih Am Besar.. sebab belanja menonton wayang malam ni.. aku anggap ini sebagai hadiah hari lahir sebenarnya ..boleh kan, Am Besar?? hahaha.. tiket wayang itu td aku simpan sebagai kenangan.. Setelah hampir sebulan cuti semester bermula.. percaya atau tidak, inilah kali pertama aku keluar ke pusat bandar seremban.. hahaha.. aku akhirnya bebas..!!!
.
Filem Narnia sememangnya berjaya menarik perhatian aku dengan latar belakang pemandangan yang sungguh indah dan hebat sekali.. serta dengan lakonan watak2 yang 'kuat' mainannya.. semuanya buat aku terleka dan terpesona.. setiap pengembaraannya ke setiap pulau buat aku rasakan bagai aku sendiri yang melaluinya.. alangkah seronoknya jikalau aku juga berpeluang bersama2 watak Lucy dan Edmund mengembara ke dunia Narnia.. hahaha..!! Nampaknya kene belajar main pedang la lepas ni...
.
Jika dibandingkan siri filem Narnia yang lepas2.. Narnia kali ini mungkin kurang mencabar pengembaraannya.. Apapun aku masih menyukainya.. sudah tentu aku tak akan dapat melupakan Narnia yang kedua yang bagi terlalu indah untuk dikenang..
.
Sedih juga bila sampai ke penamatnya filem ini.. bayangkan berpeluang melalui dunia fantasi yang menyeronokkan namun hilang sekelip mata di akhir pengembaraan dan terpaksa melalui kehidupan realiti yang ternyata byk pancaroba.. namun kehidupan tidak akan terhenti dengan fantasi semata-mata.. harungilah cabaran realiti masa muka..
.
Apa yang aku pelajari dari filem ini.. seseorang yang luarbiasa pasti mempunyai kekuatan yang luarbiasa juga.. yakinlah pada diri, kuatkan semangat dan tabah bila menghadapi sesuatu kehilangan dan kesusahan.. belajar mengharungi dunia baru dan asing... sokongan dan dorongan itu perlu sentiasa diberi dan dihargai.. dan hadapi kematangan diri dengan mempelajari sesuatu kemahiran dan pengalaman dalam hidup.. !!
.
Jadi malam ini.. sudah pasti aku gembira dan aku rasakan masih ada lagi manusia dalam dunia ini yang prihatin terhadap kegembiraan aku.. Terima kasih Am Besar..!! Hadiah ini sangat2 dihargai !!

7 comments:

syrupmasin said...

wahh..suke ayat nih yakinlah pada diri, kuatkan semangat dan tabah bila menghadapi sesuatu kehilangan dan kesusahan..betol2 kne tabah hadapi segale kesusahan.. :)

ZWAN SABRI said...

Kesian tgk kat gambaq tu.. mmg tenggelam abesla.. HAHA..
wow! best2 ada orang blanja nengok wayang..
nanti bro am kecik blanja zwan plak ek nengok wayang.. HEHE..

iKhRam said...

syrupmasin : kata2 dari hati selalunya mengesankan..

zwan sabri : kalau ada rezeki.. apa salahnya kan? sekali sekala.. hehehe

afzan said...

wah tengok narnia..
seperti biasa, ayat2 puitis yang seindah kerlipan bintang. haha

♥cik cahya♥ said...

tak sabar nak tgk narnia ;)

maicher said...

wahhh..
bagus la am..
ayat memang sangat berpuitis.
p/s:memang peminat cita narnia ni nampaknya ^__^

iKhRam said...

afzan: hehehe.. ayat puitis?? puitis ker?? hahahaha..
Cik cahya: g la tgok.. best!!
Maicher: peminat.. yer..!! narnia sgt best!! sebenarnya jarang sekali menonton wayang.. cuma menonton citer2 yg saya rasa saya perlu tonton.. dan narnia menepatii selera saya.. citernyer menenangkan