I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 21, 2010

Hari 81, Aku Jauh

Hari ke-81.. aku semakin jauh..
Ada masa halangan dari keluarga dan kawan2 bukan masalah yang utama.. aku tahu kalau aku boleh bersabar dan terus berusaha meyakinkan mak dan abah .. akhirnya mereka pasti merestuinya..
.
Tp masalahnya.. penerimaan dari pihak dia.. hahaha.. itulah buktinya yang membuat aku semakin jauh.. ada masa aku tidak mampu lagi memujuk hati aku untuk mengalah lagi.. biarlah aku meluaskan dunia aku dengan memikirkan perkara lain..
.
Aku sibukkan diri dengan menumpukan hidup aku dengan menjaga dan merawat atuk.. melayan anak2 jiran yang sentiasa menyelubungi hidup aku dengan kegembiraan mereka.. dan selebihnya aku bykkan pembacaan terutama buku 'Aku Terima Nikahnya' yang sedikit sebanyak membuka minda aku supaya mengatur diri bersedia untuk membina sebuah keluarga.. dan kehidupan..
.
Hari ni hari lahirnya.. ulangtahunnya yang selang 5 hari dari ulangtahun kelahiran aku.. dan aku masih mengingatinya dan akan terus mengingatinya.. setelah hampir sebulan aku membiarkan tembok perasaan ini memisahkan aku dari menghampirinya.. tp hari ini aku kalah.. sewajarnya aku mengucapkannya biarpun dia semakin jauh... jauh dari hati ini..
.

3 comments:

syrupmasin said...

wowo..jiwang lahh..huhu..alaa wish je la :P

sarah zulk said...

yer. kau terima nikahnye ikhram.. ade jodoh, sampai lah nnt..

iKhRam said...

dah tak de la sarah...
aku dah malas nak fikir.. aku give up!!