I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 28, 2010

Tuju Selipar


Mentari jingga mula berlabuh..
dan kanak2 diluar melaung2kan nama aku..
mesti diorang fikir aku adalah kanak2 seusia mereka..
hahaha..
hari ni kami main tuju selipar..
dengan syarat mesti mengikut telunjuk undang2 permainan dari aku..
hormon adrenalin diperlukan..
untuk meningkatkan rasa teruja aku dalam permainan ini..
..
tuju selipar.. dalam hidup tidak seindah begitu..
tuju kepada setiap orang yang ada
dengan harapan, gembira melihat seseorang itu kehidupannya musnah..
peluangnya hancur..
dalam membina kubu bahagia..
dalam permainan ini tiada tolak ansurnya..
namun ini hanyalah sebuah permainan.. analoginya adalah dari aku..
..
malam..
terang di dalam rumah kerana ada abah..
jadi
gelap di luar tidak dpt mempengaruhi kami..
abah sebagai ketua keluarga berpesan kepada kami..
kami ; anak-anaknya..
jangan lagi memikirkan hal2 yang tidak baik lagi..
bersatu dalam menjaga adik beradik yang tiga kerat ini..
bertolak ansur dan jangan menjadi tamak..
susah sama susah dan senang sama senang..
abah berpesan supaya berwaspada..
buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali..
kerana takut nanti dikemudian hari.. hati sendiri terguris lagi..
abah berpesan lagi..
supaya tidak berasa bongkak pada kejayaan dunia..
berusaha secara sihat dalam membina impian hidup..
serta belajar jgn lupa..
abah terus-terusan lagi berpesan..
jgn lagi meninggikan suara pada orang yang lebih tua..
walaupun mereka ada sejarah buruk dalam hidup kita..
belajar untuk bersabar.. dan kawal marah..
kerana mereka lebih tua dan wajar dihormati..
walaupun mereka salah.. diam kita itu lebih bererti..
itulahh tanda orang yang matang dan berilmu tinggi
abah berpesan lagi..
buat baik jgn harapkan balasan..
dan wajib bagi kami tiga beradik untuk menjaga emak..
nampaknya abah sayangkan emak..
abah pesan supaya sedaya upaya menjaga atuk..
dan
pandai menjaga diri dan sentiasa membawa diri dengan baik..
abah berpesan lagi..
jgn lagi menjawab kata2 nista manusia..
perhatikan sahaja..
kerana itu yang mereka tidak mahu dari kita..
.
aku tidak dpt memandang wajah abah tepat
aku byk menunduk.. insaf..
dalam panas baran abah yang selalu dikatakan saudara mara..
abah pelembut rupanya dan pemaaf orangnya..
kali ni suaranya amat lemah namun dia benar2 memaksudkannya..
dalam kata-kata abah
abah gembira memiliki anak seperti kami tiga orang..
sebelum tamat kami berempat berkonfrontasi sesama sendiri..
abah memuji..
aku sekarang sudah pandai menulis..
aku senyum sendiri..
.
aku jawab dalam hati
jadi cikgu mesti kene pandai menulis..
bukan sekadar menjadi penurut cakap isteri..
dan permainan tuju selipar itu aku amati sekali lagi
hidup kalau untuk penuju kemusnahan kejayaan manusia..
maafkan aku
itu bukan cara hidupku..
Allahu Akbar

25 comments:

sarah zulk said...

best.. kata2 org sebagai bekalan tuk mase depan.. tahniah.. untung ikhram...

Anati Soki said...

ahahah!! main tuju selipar!! best giler!! kat kampung anat. anat selalu gak main. ngn kezen2 bila bkumpul ramai2.. wahahah.. penah sekali kena tuju terkena kat muka weyh.. meraung nanges. muahahaha

ZWAN SABRI said...

Ayoooo, feveret zwan kowt pemainan tuju kasot tu time kecik2.. Rindu la nak maen game tuu.. HUHU..
erm, btw, yeah! Cikgu memang kena pandai menulis dan bijak berkata kata seperti cikgu Ikhram.. ;)

aDfeez said...

best permainan nie....:D
dlu2 suka main.. skg nie pun.. ekekekek :P

latest entri :
5 Petua "Mendatangi" Isteri Dari Belakang

♥ 미스 kiera ♥ said...

alahai
awk sorang je 'kanak2' kat situ..
hmm..bagus pesanan abah awk tu..


btw..

jum ke sini..ramaikan pengikut pon boleh!


http://owlkieranaa.blogspot.com

tq~

zazaw said...

aku panggil benda nih
main baling selipaaa

Afiefah Safieni said...

dulu kecik2 pernah main juga..

Blog Eazy Izzuddin said...

teringat lah zaman2 dulu
petang2 main permainan ni bersama teman2
di padang xD

Maicher said...

dah lama tak main ^__^

Najeera Yahya said...
This comment has been removed by the author.
Najeera Yahya said...

Alahai , ikhram pun nak jadi macam budak-budak juga . Tapi ia penting untuk komunikasi apabila menjadi guru ..

Teringat time sekolah rendah mengaji petang berkumpul di tepi padang main tuju selipar .Masalahnya , bukan spesies selipar pun ikut dituju , sudah tu kena saya pula..kasut sekolah!!!sudahlah berat!

Huhu...sakit .Sehingga berbekas di baju .Tapi tetap kenangan !!!

iKhRam said...

sarah zulk : ada masa kata2 orang tua sebagai ingatan kepada kita yang selalu melakukan kesilapan.. ibu bapa adalah petunjuk kepada kita.. setiap kali membuat kesilapan rujuklah kepada mereka..

iKhRam said...

Anati soki : pernah juga suatu hari terkene orang baling di kepala.. memang sakit.. pening2 sekejap dan rasa tak boleh berfikir.. sebab tu syarat main dengan budak2 ni kalau nak main baling selipar lutut ke bawah.. kalau tempat lain kene tak dikire..

iKhRam said...

Zwan Sabri : rindu... memang rindu nak bermain bersama rakan2 spermainan kecik2 dulu.. mereka hari ini dan besar dan ada kehidupan mereka sendiri.. kalau difikirkan keindahan itu.. ada masa sedih sendiri... tp keindahan bermain itu tidaklah seperti hari ini.. biarkan kita dgn kenangan kita dan mereka bebudak generasi hari ini dgn cerita mereka..

hahahaha.. jadi cikgu kene pendai menuliskan? betul la kan..?? terima kasih kerana menyokong..

iKhRam said...

ADfeez : nampaknyer bukan saya seorang la kan.. ada jugak geng yg sama2 suka.. alhamdulillah..

iKhRam said...

ciety ; bukan saya seorang saje 'kanak2' kat situ.. ada lagi seorang.. adik perempuan saya yg berumur 19 thun.. kami sama2 jadi bebudak sepanajng cuti semester ni.. hahaha

iKhRam said...

zazaw baling selipar = tuju selipar..
sama je kan? baling dan tuju selipar kepada pihak lawan

iKhRam said...

Afiefah Safeini : masa kita kecik2.. permainan tradisional mcm ni mmg laris.. hahaha

iKhRam said...

Eazy Aizuddin : main di padang..?? kami anak askar.. mana dapat je main.. tp selalnya di dataran tar yang luas.... bila sekali jatuh.. memnag nak mandi pun takut2... perit

iKhRam said...

maicher : lama tak main.. jom..!!

iKhRam said...

nulia nadyra : apa nak buat, masa tak cuti.. kene serius jadi bakal cikgu... masa praktikum kene berlagak mcm cikgu.. jadi bila cuti sem kena la berlagak jadi kanak2..

jd jgn kata cikgu ikhram tak faham jiwa kanak2.. saya dah masuk dah ke dalam diri mereka.. hahahaha

Apih El Nino said...

Abah kau tahu kau ada blog, baguslah. Abah aku tak tahu aku ada blog. Dia selalu ingat kerja aku chating dan Facebook.

bantalijau said...

kat tmpat aq pn di panggil main baling selipar sama ngn zawzaw lar..~

agak ea die tu sekmpng ngn aq kot..hahahaha


ikhram : berani lawan selipar ngn aq tak?

iKhRam said...

apih : die tgokblog ni pun sorok2.. die mintak adik2 aku bukakkan blog bila aku tak guna laptop..

nakalkan abah aku.. hehehe

iKhRam said...

bantalhijau:sekampuang la kita sebenarnya..

nak lawan?? berani..
angguk2 je kepala ni