I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 13, 2011

Aku Budak Baru Belajar.. !!


Beberapa hari yang lepas..
pensyarah aku menegur aku dan ahli kumpulan ..
bahawa belajar berkumpulan.. tidak perlu terlampau berdikari..
semua tugasan kami agih2kan..
tanpa ada perbincangan
pada hemah kami itu keperluan..
supaya kami sempat menghabiskan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan..
serta semua orang ada tanggungjawab atas apa yg diberikan..
tapi di mata pensyarah saya itu lain benar..
cara kami itu ada banyak kontranya..
pada beliau, antara kami tidak ada yang benar2 faham kepada isi tugasan..
ya, aku sedar.. kami berbuat kesilapan..
maafkan saya puan,
aku budak baru belajar..
salah dan silap harap diperbetulkan..
..
Tuhan itu maha adil..
dikekokkan aku pada sukan tp diberikan peluang aku lincah berbahasa tulisan..
jika ada yang mahukan daripadaku idea sebarangan..
datanglah pada aku.. akan aku luahkan..
ya, aku sedar..
aku boleh menghasilkan buah fikiran yang mahu dikemukakan..
walaupun untuk menggambarkan sebatang pohon yang tidak berdahan..
lihatkan berapa banyak gambaran idea yang boleh aku keluarkan.. ?!!
itulah kebaikan menjadi aku..
Tapi Tuhan itu Maha Adil, bukan ?
diberikan juga aku kelemahan..
idea mencurah-curah tak dapat ditahan-tahan..
tapi malang aku bukan pencari maklumat yang boleh diharapkan..
ke hulu ke hilir.. maklumat bagai angan-angan..
jenuh sudah papan kekunci aku tekan-tekankan..
tp harapan tinggal harapan..
semuanya menghilang, mengecil bagai ada yang sembunyikan..
oh idea.. kamu sudah aku hasilkan..
kenapa maklumat segan dan takut untuk dihadirkan..
segala kerja tak dapat aku bereskan..
oh, kini baru aku disedarkan
aku sebenarnya
budak baru belajar..
manakan boleh hidup senang lenang, bukan ?
hahaha..
..
"tarik tegang-tegang
lepaskan pelan-pelan"
itulah apa yang pensyarah aku pesankan...
sebelum kelibat beliau tidak lagi kelihatan..
jumpalah saja beliau pada minggu depan..
sekian...
.

30 comments:

Anonymous said...

mgkin ada btolnye yg lecturer kite tu nasihat..
kte asik bhagikn keje je..
mcm xde collaborative dlm kumpulan..
tp mcm ko kte..kte bdk baru blaja..
:)

Blog Eazy Izzuddin said...

bila da di nasihat..
perbaiki lah....
;)...
sememangnya jauh lagi perjalanan kita mahu belajar....
eh betul ke?
hehe

ZWAN SABRI said...

Totally agree with u..
Anda memang lincah berbahasa..
sumpah kagum dengan kamu.. ;)

IMANSHAH said...

Alhamdulillah, kesilapan itu manusia, dan pembelajaran itu juga manusia..belajar dari kesilapan

sarah zulk said...

mula2 mmglah buntu.. kene banyak mintak pandangan dan idea lect.. diorg lah yang paling tahu dlm bidang yg kau tgah crik maklumat tu.. =)

haha.. terbaik punye kata penutup lecturer tu.. mcm2 maksud bleh jadi.. =D

iKhRam said...

princess pisang : ada ketika. kalau tidak ditegur.. kita akan selalu membiasakan kebiasaan.. apapun kita belajar sesuatu, bukan?

iKhRam said...

eazy izzuddin : sgt setuju... kita beruntung bila dinasihat.. kerana itu tanda ada lagi manusia di luar sana yg mengambil berat tentang kita.. yg sudi memberikan yg terbaik utk kita..

jgn jadi sebilangan yg lain yg suka memberontak bila ditegur.. hidup tidak akan berjaya juka cepat melatah

iKhRam said...

zwan sabri : terima kasih senang dgn tulisan saya.. sebenarnya, saya lebih mudah menulis perihal kehidupan saya dari membincang sesuatu yg fakta mahupun apa2 yg bukan di luar pengalaman saya.. saya sentiasa berharap apa yg saya tulis sentiasa memberi pengajaran..

iKhRam said...

IMANSHAH : orang yang positif sentiasa melihat kesilapan itu sebagai batu loncatan untuk berjaya.. saya harap kita semua akan sentiasa positif..

iKhRam said...

sarah zulk: nak mudah, tidak bermakna perlu bersenang lenang

zazaw said...

belajar berkumpulan ni
ade baik dan buruknya

iKhRam said...

zazaw : ada byk yg baiknya.. namun semua bergantung kepada stiap ahli kumpulan.. kalau ada yg jadi pesengger sahaja.. sudha pasti pembelajaran begini tidak menyeronokkan.. betul tak?

Anati Soki said...

cikgu sains!!!! ngeeeeee

iKhRam said...

ANATI SOKI : yer cikgu b.m. hahaha...

KNS said...

hebatnye ayt...
mcm pantun pon ade..hehe =D

p/s : Persahabatan Itu Pemanis Hidup

MR. SYAH said...

ayat2 mmg powerlah..
mgkn pendapat kita dgn pensyarah berbeza.. kita yg masih belajar dgr pendapat mereka.. ambik yg mana baik.. :D

Qamaruls said...

tarik tegang-tegang
lepaskan pelan-pelan


adik!!!!!! kou belaja ape nie dik!! aku report kt mak!!

sarah zulk said...

bukan mintak untuk bersenang lenang.. cume bertanya kpd org yang lebih berpengalaman tu lebih baik dripada mencari membuta tuli..

barulah bermakna tugas penyelia bila yg diselia banyak bertanya..

yg diselia juga makin jelas dengan ape yg dicari..

bersusah2 dhulu, bsenang2 kemudian..

gud luck.. =)

iKhRam said...

Nasuha Salleh : terima kasih.. harap nilai ayat1 itu kita semua fahami.. ini pantun dari saya yang byk kerat sampai tak terkira.. hahaha

iKhRam said...

Mr. sYah : betul tu.. kata2 mereka semuanya ada rasional.. adat belajar la kan..? biasa buat salah tu perkara biasa... kite ambil saje semuanya kemudian nilaikan..

iKhRam said...

Qamarul : ayat2 tu.. termasuk dalam pelajaran pendidikan la.. kalau report dgn mak.. sure mak faham kot..??

p/s _ susah bila ada abg yg tak dpt lari dr memikirkan perkara2 'intim' bila ada unsur2 'tegang' di situ.. hahaha

iKhRam said...

sarah zulk : tak susah nak jadi susah.. tak senang nak jadi senang kan??

ko ketagih ape sarah?

Maicher said...

ish.
takot gak denga cite am nih.
yela, sy baru sem 2.
masih banyak lagi perkara yg perlu ditempuhi.
hurmm.. semoga segalanya berjalan lancar hendaknya.
InsyaAllah :)

iKhRam said...

maicher : jgn la takut.. setiap proses pembelajaran otu ada cabarannya.. dan cabarannya inilah akan membuatkan kita mampu untuk membuat keputusan dan bijak berfikir..

bila kita belajar ni, bukan semakin lama semakin senang.. tp semakin kita belajar ia menjadi semakin susah kerana makin byk kita belajar makin byk jugalah yg kita tidak tau..

apapun jgn takut.. dan semoga mai lalui semua cabaran ni dengan mudah k?

Qamaruls said...

yelaa tau laa.. abang keje buruh kasar je.. tacing sket

iKhRam said...

Qamarul : apa la yg abg merepek ni.. bukan ke buruh kasar tu pun satu kerjaya.. kite kene bangga dgn kerjaya kita, bang..

baru org lain respect.. hahaha

Qamaruls said...

abang nak jadi cikgu english sbenayer..
tapi waktu apply tu g eja inggeris plak... terus kene rejek..

iKhRam said...

Qamarul : rugi diorang tak amik abg jadi cikgu inggeris.. kalau tak.. mesti ramai yg takk tau ckp melayu lepas ni..

Maicher said...

thanks am :)

iKhRam said...

maicher : thanks utk aper ni ek??