I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 16, 2011

Sayang Malaysia Tanggungjawab Kita.. !!


Teringat semasa aku menjalani latihan
di salah sebuah sekolah kebangsaan
yang murid-muridnya majmuk berbagai-bagai bangsa..
melayu ada
cina ada
india pun ada..
serani juga ada.. yang serani nampak hebat ..
melayu pun hebat..
cina pun hebat..
india juga hebat..
dan tengah hari itu aku menggantikan waktu muzik..
menurut cikgu muzik yang sebenar..
aku perlu mengajar mereka lagu-lagu patriotik..
dan
aku mengajar mereka akan lagu..
Wawasan 2020
Keranamu Malaysia
itu adalah lagu2 kegemaran aku sewaktu di sekolah rendah lagi..
betapa malangnya tengah hari itu
mereka keseluruhannya tidak pernah tahu akan lagu-lagu itu..
mereka tidak pernah dengar..??!!
apatah lagi kalau aku soal akan sejarah lagu ni..??
sebab musababnya tercipta lagu ini..??
dan senario ini membimbangkan hati aku
walaupun lagu2 ini hanyalah hiburan dalam pengajaran dan pembelajaran..
namun
di manakah silapnya kita ??
dari lagu patriotik sebegini kita boleh menilai
sejauh mana sikap patriotik yang telah kita pupuk selama ini..
yang semakin hambar diluput zaman..
dan tugas aku pada hari itu
mengajar mereka memahami dan mengingati lagu2 itu..
ini senario sebenar..
...
M.A.L.A.Y.S.I.A.
satu nama gah bagi kita di bumi bertuah ini..
sayang akan MALAYSIA
bukan dengan membuang sampah merata-rata..
bukan dengan menjahanamkan harta negara melalui vandalisme
bukan memperjudikan nasib rakyat kita dengan amalan rasuah
bukan dengan membiarkan penderaan ke atas wanita..
bukan dengan mengamal ketagihan dadah
bukan dengan peningkatan kes2 juvana
kes samun, rompak, rogol,
bukan dengan pembuangan bayi di merata-rata..
bukan dengan gejala ponteng sekolah dan ponteng kerja..
.
semua isu-isu ini
kita selalu bincangkan..
kalau di sekolah, menjadi tajuk utama karangan dan penulisan..
kalau orang dewasa, jadi perbualan di kedai kopi..
kalau di peringkat kementerian, jadi masalah pokok untuk diselesaikan..
isu-isu ini nampak kecil
seseolah bagai nampak tak nampak saja di mata kita..
tapi kita kata kita sayangkan malaysia..??
tapi tanggungjawab di atas..
kita lepaskan dengan mudah dan sewenang-wenangnya..
..
pernah ke iklim khatulistiwa negara kita
membuat kita benci pada MALAYSIA..??
tidak..
biarlah musim panas dan hujan itu
membebankan kita adakalanya..
tapi tidaklah sampai kepada kebencian kepada negara..
kita masih sayangkan MALAYSIA bukan??
walaupun sekejap banjir.. sekejap kemarau..
kita terima dengan redha..
mana yang susah, kita bantu..
mana yang memerlukan.. kita menderma..
yang berat jadi ringan..
itulah tanda yang nampak jelas betapa sayangnya kita pada MALAYSIA..
...
sumbangan negara MALAYSIA pada saya secara individu..
terlalu banyak untuk saya ungkapkan..
dari segi ilmu dan pengetahuan..
saya diberi banyak kemudahan, peluang dan bantuan..
mencipta diri pada kebenaran dunia..
dan berfikir seperti seorang manusia yang ingin menjadi seorang yang berguna..
dari segi keselamatan dan kesihatan..
sejak lahir, tidak pernah sulit berlindung
dari hujan dan terik matahari..
dari bayi sehingga hari dewasa ini.. tidak terbeban mencari punca,
untuk mencari rawatan ketika sakit..
dari segi kebebasan..
saya antara manusia yang bebas berfikir..
mengikut norma-norma sejagat yang dunia fikirkan perlu dan rasional..
dan segala-gala kemudahan yang saya perolehi
semuanya adalah bertarafkan dunia..
bangganya saya menyayangi MALAYSIA..
..
MALAYSIA tetap di hati kita..
dan tanggungjawab kita
adalah untuk menjaga dan mengekalkan keharmoniannya
siapa kita, dari mana kita datang ??
janganlah kita persoalkan
kerana yang penting menjaga MALAYSIA adalah segala-galanya..
...
kepada pejuang bangsa..
lawanlah sehabis keringat menentang si pendusta negara
dengan watak-wataknya..
sama2 kita bongkar topeng pengkhianat bangsa
dengan rasa tanggungjawab kita yang sukakan kebenaran..
kerana kebenaran itu datangnya dari TUHAN..
ya ALLAH
selamatkanlah tanah air ku
MALAYSIAku yang tercinta.. !!
.

22 comments:

sarah zulk said...

cara2 untuk mencintai malaysia dah terungkai disini..

dri segi penulisan ade bakat jadi patriot negara..

kerja bagus letak kat atas @ keep it up ur gud work.. =)

ShAwN said...

karya cikgu ikhram memang best..^_^

Unknown said...

patriotiknye cikgu ni..hahaha...
aku ada sorang kwn rapat skrg tgh praktikal di smk st george peneng.Setiap hari kt FB aku baca status dia dgn pelbagai ragam ank2 murid.Tp 1 je aku perhatikan,semangat pendidik dan sygkan bangsa dan negara mmg sgt tebal bila jadi seorang guru.Aku bangga krn org2 mcm kalian menjadi pendididik bangsa agama dan negara. :)

ZWAN SABRI said...

Saya sayang Malaysia sangat2.. ;)

Unknown said...

wahhh smngat patriotik nmpak ! aisehhh . tapi oke la . suka baca . :)

Anati Soki said...

cakap pasl malaysia.. anat kat sini.. IPG.
anat tak kawan ngn budak melayu.. heheheh
anat kawan ngn budak india n cina. hehehe
so, if jalan bertiga.. mmg org pnggey group satu malaysia.. hehe

Blog Eazy Izzuddin said...

seriously?
dorang x tahu lagu tu..
lagu favourite kot masa sekolah dulu...
so cikgu..
ajar lah mereka
;)

iKhRam said...

sarah zulk : sengaje merungkai apa2 yg sepatutnya dilakukan.. sebab semua itu senario harian kita.. kita tak sedar selagi kita tidak membaca, menulisan dan berfikir tentangnya..

iKhRam said...

shawn : terima kasih shawn..
kan best kalau karya kerdil saya ini mampu dihayati..

iKhRam said...

white purple roses : menjadi guru selalunya secara tak langsung menjadi agen dalam membawa masyarakat keapda pengenalan dalam menghayati nilai patriotik..

ini keran menjadi guru membolehkan kita menjadi lebih mengenali akan budaya dan mengawal diri sebagai pendidik dalam membentuk nilai kemasyarakatan yg majmuk...

ada masa, kita sering memandang isu inia dalah remah dlm pendidikan.. walhal melaului pemdidikan muzik, lagu2 patriotik ini diperkenalkan bg membentuk jati diri dan sayang pd negara..

tiada ini semua , jgn ckp mahu membentuk dr rebung.. kalaui nak bentuk rebung melalui muzik dan permain la lebih berkesan.. tidak begitu..??

iKhRam said...

zwan : mr zwan memang sayang malaysia.. tgok sajalah blognye.. byk berkisar kenegraan.. isu2 terpncil seperti dalam entry blog anda harus dipaparkan.. kupaslah dgn berani

iKhRam said...

nana liyana : sekali sekala nak patriotik.. apa salahnya ajak sekali dengan kawan2..

iKhRam said...

ANATI SOKI : kata satu malaysia.. jadi kene la kawan dngn melayu jugak.. baru la lengkap masyarakat malaysia

iKhRam said...

eazy izzuddin : serius diorang tak tau.. kene ajar la lagu tu guna radio.. bg diorang biasa dgn muzik.. lepas dah ajar.. baru diorang tau betapa bestnye lagu tu.

Qamaruls said...

kou try tanyer.. bunkface tau x..

iKhRam said...

Qamarul : entah la.. rasanye diorang tau kot ?? dahh besar2 semuanya..

Qamaruls said...

kou lainkli ajar lagu sephon kayu jer..
lagu bagus tue..

iKhRam said...

Qamarul : kalau lagu tu.. lebih elok kalau abg yg ajar... sebab cam serasi jer..

Anati Soki said...

kawan la ngn melayu. tp melayu cepat emo.. skit2 nk majok.. aduhai. letih la nk layan.. rapat ngn budak cina n india je.. budak mlayu just kawna biasa

zazaw said...

HAHA
sukaaa
sukaa lagu tuuuu
:)

iKhRam said...

ANATI SOKI :bila bercakap mcm tu seseolah mentertawakan diri sendiri.. jgn jadi mcm tu.. nak jadi cikgu, kita tidak boleh nak mnegasing2kan diri, memilih perbezaan sesuatu lahiriah.. kita kene terima semua..

iKhRam said...

zazaw : ye ker.. kalau suke.. dgar la puas2 k?