I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432 H


SALAM MAAL HIJRAH 1432 H

Selamat Tahun Baru Islam kepada seluruh umat islam di dunia ini.. Sebagai umat islam secara jujurnya turut merasai kedatangan tahun baru dengan seribu keinsafan.. Persoalannya, apalah erti Awal Muharram kepada insan kerdil seperti aku ??

Keseronokkan menyambut Awal Muharram tidaklah semeriah kita meraikan Happy New Year saban tahun.. mengira detik2 jam 12.00 tgah malam.. tapi sebenarnya erti menyambut Awal Muharram itu sendiri lebih merujuk ke dalam jiwa kita sendiri.. Seperti yang umum tahu, perkataan Hijrah itu sendiri mengajak kita sentiasa memperbaiki diri dari keburukan menjadi lebih baik... itulah perjuangan kita dalam dunia yang serba global hari ini.. budaya luar juga tidak terkecuali meresap masuk secara tidak sedar dalam dunia tanpa sempadan... di mana 'sempadan' kita hari ini? aku merasakan kalian lebih bijak mencari jawapannya...

Baiklah, aku bukanlah ustaz mahupun para ilmuan di luar sana.. tp ingin sedikit berkongsi apa2 yang terbuku di dalam hati.. Terdorong melihat drama malam td.. kalau tidak silap 'Dakwah Muharram' ke tajuknya.. melihat insan alim mengambil inisiatif untuk berdakwah secara alternatif... setuju benar dgn dialog watak yang dimainkan Aqasha bahawa sasaran yang yang perlu didakwahkan ataupun dihijrahkan bukan tertumpu kepada warga masjid yg telah tersedia membuka hati menerima dakwah.. tetapi kepada warga bangsa kita yang kian hanyut.. mereka inilah yang sewajarnya diberi perhatian... dan untuk menyedarkan orang2 seperti ini bukanlah semudah memberi ceramah di masjid tetapi memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan empati yang berterusan untuk memahami jiwa mereka dan sama2 masuk ke dunia mereka.. inilah pengorbanan hijrah yang aku rasakan unik tetapi praktikal.. drama yang baik bg aku.. tahniah !!

Sebagai manusia, sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri dan yang lain supaya menjalani kehidupan yang lebih baik dari semalam.. perjuangan mempertahankan diri sendiri dari godaan syaitan bukan jihad yang boleh dipandang enteng... jihad besar tue !! Ingatlah, manusia itu sentiasa diuji dan terus diuji.. jgnlah kita sentiasa merasakan diri kita sudah baik.. kerana manusia yg baik itu juga akan bakal diuji... tidaklah kuatlah iman kita selagi tidak diuji...

Sempena sambutan Maal Hijrah ini... teringin rasanya melakukan penghijrahan terhadap diri sendiri yang sebenarnya banyak melakukan dosa.. Sentiasa mengharapkan redha-Nya agar diberi kekuatan untuk meneruskan penghijrahan diri supaya menjadi yang terbaik untuk keluarga, bangsa.. insyaallah untuk agama.. doa2kan ye !! amin ya rabbalalamin...

1 Malaysia, 1 Ummah

10 comments:

Unknown said...

betol2..sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri dan org lain untuk jd lebih baek :)

Budak Hati said...

marilah sama2 kita berubah ....

Tulip said...

salam maalhijrah juga...semga dapat menjadi yang lebih baik dari yang terbaik..

sarah zulk said...

slam hijrah ikhram.. =)

iKhRam said...

salam hijrah utk semua...

ILA HonEyBuNNy said...

salam maal hijrah....

: husna : said...

salam maal hijrah..semoga kedatangan tahunbaru Islam ini memberikan seribu makna buat kita semua

CIK TOM said...

salam maal hijrah ye ikram..

cik atin said...

amin..
salam maal hijrah....

SyahmiFikri said...

sabar2..
doa kan yg terbaik utk semua.. pasti ada hikmah segalanya.. kan3