I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 1, 2010

Sayang Tak Kat Atuk??

Maafkan aku kerana lama benar tak mengambil tahu tentang blog ini.. selalunya blog inilah nyawa aku.. blog inilah nadi kehidupan dan kepada blog inilah tempat dan ruang untuk aku menceritakan hilai tawa aku sehari-hari.. apapun blog selalu menjadi teman.. teman akrab..

Bila ditanya.. sayang tak kat atuk ??
Semua orang akan cakap, 'sayang'.. sungguh2 sayangnya walaupun ada di antara kita menjenguk atuk pun tak mahu walaupun rumah di sebelah rumah atuk... begitulah mulut selalu menipu manusia lain..

Tanya la aku kepada aku.. sayang tak kat atuk??
Aku juga akan mengatakan 'ya'... ya, itulah jawapan aku..
Sekiranya aku menjawab 'ya'.. sudah pastilah aku perlu membuktikannya... Ya atuk, abang (nama panggilan dalam keluarga) sedaya upaya cuba membuktikan yang abang sayangkan atuk.. Sayang abang bukan sekadar di mulut.. bukan setakat linangan air mata seperti yang orang lain tunjukkan.. bagi abang air mata palsu itu seseolah menceritakan rasa berdosa 'mereka' sahaja.. sayang abang terhadap atuk lebih dari itu.. tak perlu abang buktikan kepada orang.. cukuplah kita berdua saja yang tau..

Abang cucu lelaki sulung atuk.. mungkin dalam usia muda ini.. atuk menjadi tanggungjawab abang.. Tuhan Maha Mengetahui.. Allah beri kesempatan cuti semester ini untuk abang berbakti kepada atuk.. Ye, biarlah atuk bersama abang.. menghabiskan sisa cuti semester ini.. Mungkin ada hikmahnya selain mengajar abang, apa itu erti kesabaran..

Dulu, abang dan Adik Fatin lambang kebanggaan atuk.. teringat masa abg tinggal bersama atuk selama tiga bulan.. masa tu abang darjah 4, adik fatin darjah 1.. atuk sangat gembirakami tinggal di kampung bersama atuk memandangkan atuk baru saja menduda.. setiap pagi kita bertiga berbasikal ke sekolah.. atuk memboncengkan fatin dibelakang menggunakan basikal tua atuk.. adik fatin masa tu gemuk.. kesian atuk mengayuh basikal bila naik bukit.. abang dengan basikal ungu milik mak.. sama2 kita menunggang ke sekolah..

Setiap pagi rabu ada pasar rabu kat kampung.. mesti atuk akan belikan buah lai.. (buah seseolah buah pear yang berwarna kuning kulitnya).. sebab atuk tau abang suka makan buah tu.. atuk akan beli sepuluh biji.. setiap hari rabu mesti atuk akan beli.. macam tu juga setiap kali atuk pulang dari masjid lepas isyak.. mesti atuk bersemangat mengajar abg mengaji di rumah.. adik fatin selalu nangis2 bila mengaji.. tp abang tak, sebab bila ngaji mesti atuk puji abang pandai tarannum.. hahaha.. atuk ajar ilmu taranum sikit2 kat abang.. akhirnya abang khatam dengan atuk..

Dulu masa atuk balik dari mekah, atuk memang dah berniat mmg nak menunaikan haji dan urusan membeli belah tu soal lain.. memang terbukti, orang lain beli macam2 barang dari mekah, tp atuk hanya bawa beberapa sahaja.. tp betapa abang beruntung menjadi cucu atuk.. abang sorang je yg atuk istimewakan.. abg je yang dapat jubah yang cantik dari atuk.. untungnya menjadi cucu lelaki sulung.. jubah itu abang bawak pergi mengaji..

Teringat suatu hari abang kene buli.. abang balik dari sekolah dalam keadaan menangis.. mak buat tak kesah jer.. bg emak biasa la hal budak2.. tp atuk beria2 bersiap dengan baju batik, seluar slack... siap pakai tali pinggang..atuk tanya pada abang.. anak sapa yang membuli abang.. abang bgtau nama budak tu.. abang rasa masa tu marah atuk lebih berbahang dari marah abang.. tp mak redakan semuanya.. mak tegah atuk.. hahaha..!! budak tu pun dah besar sekarang.. tolong mak dia jual ayam kat pasar..

Atuk, dari dulu abang memang kebanggaan atuk.. masa sekolah kat kampung, abang harumkan nama atuk.. cucu dukun talib.. abang dan adik fatin dapat no satu masa periksa.. atuk laung2kan satu kampung.. Majlis penyampaian hadiah mula pukul 3 petang.. tp lepas zuhur atuk dah siap2 ke sekolah.. abang ingat lagi.. atuk duduk kat kerusi paling depan.. siap tunjuk2 pada abang kat orang2 sekeliling.. masa tu abang buat persembahan tarian.. sampai tiga hari atuk ajukkan cara abang menari.. hehehe..

Atuk dalam kehidupan selalu dihormati.. dan hingga ke hari ni atuk akan selalu dihormati.. dan abang sehingga hari ni bila beraya di rumah orang.. pasti abang akan kenalkan diri abg dengan merujuk nama atuk.. "saya ni cucu dukun talib..." semua orang akan kenal abang ni sebagai cucu kepada atuk.. atuk, selagi abg mampu./ abang akan bersabar.. kalau ada silap dan salah abang, maafkanlah abg.. abang ni budak muda yang ingin belajar menjaga dan berbakti kepada atuk...

bila ada lagi yang bertanya..
sayang tak kat atuk??
abang tetap akan membalas... "ya, abang sayangkan atuk...!!"