I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 5, 2011

CONTEST Selamat Hari Guru, Cikgu !



"Dari Zero Menjadi Hero"

Kepada cikgu-cikguku sekalian.. Tiada siapa pernah menyangka dari seorang yang pernah gagal itu kembali bangkit menjadi seorang pejuang.. malah pejuang kepada anak bangsamu sendiri.

Selembar benang lama-lama menjadi kain..

itu yang kau ajar padaku.. dan apa yang aku peroleh..

Selembar jasamu lama-lama menjadikan aku seorang manusia..


cikgu,

Tidak pernah aku terlepas dari sumpah seranahmu yang sesekali menghiris hati..

tipulah rasa hatiku bila sesekali aku malu menatap wajahmu setelah kau marahi sikap kealpaanku.. kerana lambat laun, barulah aku sedar segala-galanya yang kau lakukan padaku adalah tepat; betul; tiada cacat celanya.. dan segala-galanya kau lakukan tiada lain kerana ingin merubah diriku dari tiada apa-apa menjadi lebih sempurna.

Tiadalah guru yang sempurna di dunia melainkan kamu semua.. biarpun berjuta-juta melaut jumlah buku bertebaran di mukabumi ini. Tanpa seorang guru, pasti tersesat aku ke dalam kancah dunia aku sendiri. Setiap kata-kata yang kau ucapkan bagaikan keramat dan menjadi kenangan pada masa akan datang.. Pastinya bagai ada satu keajaiban pada patah-patah nasihat mu pada ketika ini.


Cikgu,

Hari ini andai aku berjaya jikalau bukan tanpa jasa baktimu, itu adalah kejayaan yang palsu.. Mana mungkin aku ketepikan kepentingan budi mu dalam melentur rebung diriku ini yang kian menjadi buluh perindu yang merdu.. yang menenangkan hati ramai manusia.. Kau ibarat lilin yang memusnahkan diri agar seluruh dunia dapat kau terangi.

Jikalau ada air mata yang menitis hari ini mengenangkan diri kalian semua.. itu adalah air mata kerinduan atas didikanmu wahai kalian guru-guruku.. tiada satu pun balasan budi melainkan rasa hormat dan ingatan yang sentiasa terpahat dalam sanubari.. biarpun langit itu bakal kugapai, bumi yang rata ini bakal kujulang, tanpa kehadiranmu aku hanyalah manusia yang tidak tahu berbuat apa-apa, apatah lagi memikirkan untuk berbakti pada orang lain.

Tenaga baktimu akan ku kenang sampai bila-bila.. takkan aku lupakan bila pernah ada saat kau terpaksa meninggalkan keluargamu demi anak bangsa.. aku seakan-akan terpanggil mengingati setiap patah kata-katamu itu.. "Abang, maafkan saya, saya terpaksa mengajar.. masa depan anak-anak murid saya, ada di tangan saya sekarang ini," itulah ungkapan yang kau lafazkan bila kau terpaksa mengajar aku di saat-saat genting aku menghadapi peperiksaan SPM.. yang menjadi azimat kepada aku.. jika aku bukan berjaya untuk diriku, biarlah aku berjaya kerana azam dan jasamu.. cikgu, pengorbanan itu tidak dapat kuganti..

Cikgu, tiada satupun nama-nama kalian semua luput dalam ingatan.. biarpun kau mengajar aku sewaktu aku di kelas tadika sehinggalah ke puncak jaya ini.. Kalau dulu kau ibarat lawan, namun kini kita bagaikan sahabat yang mampu bertanya khabar malah sama-sama meluah rasa pada bebanan dan tanggungjawab.. Kerana kau lebih memahami..

Aku selalu teringat, tiada sekelumit pun dalam dirimu itu untuk tidak berbakti, biarpun kau hanya memandang lesu rambut hitam ku.. itupun adalah salah satu tanda kau menabur budi menyumbang kasih sayang dan perhatian kepada kami.. Benarlah kata kalian semua, andai aku sudah berjaya nanti, bertemu guru pun pasti tiada rasa malu.. membanggakan diri kalian semua adalah kebangganku jua..

Akhir kata, biarkan aku meneruskan perjuanganmu.. biarkan aku rasa sendiri bebann yang pernah kalian rasakan dulu.. kerana menjadi kuat itu tiada gunanya hanya untuk kekebalan diri.. biarlah kekebalan kalian dahulu kala menjadi taruhan kepada kekebalan anak bangsa yang bakal aku corakkan nanti.., dan kini semangat kalian mencurah ke hatiku.. kedalam sanubari.. restuilah perjuangan ku.. perjuangan kita.. perjuang anak bangsa.. di medan semesta pendidikan ini !!


Selamat Hari Guru, cikgu !

Dunia terang kerana ada guru.. Tanpa cikgu dunia kelam tanpa cahaya... !!


yang ikhlas, anak didikmu

ikhram ishak

.

p/s - aku menulis ini penuh emosi dan linangan air mata... kadang terlupa aku join contest !! terima kasih abang shah memberi peluang aku meluah rasa..!!

.

17 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Good Luck

Mimi Schuhada Mimieux said...

nak join boleh tak

Abuhazieq said...

bangga sbb diriku juga seorang cekgu...

iKhRam said...

Faiz Farish : terima kasih..!!

iKhRam said...

Mimi Schuhada Mimieux : boleh jer.. masukkat blog kat link tu... dan ikut syarat2 contest.. mudah dan bebas..

iKhRam said...

Abu Hazieq : seorang cekgu dan seorang ustaz..

zazaw said...

good job sir :)

afzan said...

selamat hari guru ikhram :)

Oasis said...

Mana mana cikgu yang baca mau tak menangis. Hehe...

Good luck utk contest

iKhRam said...

zazaw : insyallah.. mudah-mudahan akan sentiasa GOOD JOB !!

iKhRam said...

Afzan : terima kasih mr afzan !!

iKhRam said...

Oasis : itulah.. saya yang tulis ni pun tak sedar saya pun menangis.. hahahaha!! inilah luahan hati saya yang sebenar.. saya rindukan semua guru2 saya terutama guru addmath saya!!! Cikgu aini

teratai said...

good luck

Anati Soki said...

fulamak ayat.. trbaiklah..
walaupun anat amek course BM
and bakal major jd cikgu BM
seyes ckp.. T___T
anat sgt lemah dlm mengarang bahasa2 puitis ni
moga abg ikhram menng!!!! chaiyoook!! best of luck!!

iKhRam said...

teratai: terima kasih daun keladi.. kalau sudi, singgah la lagi..!!

iKhRam said...

anati soki : saya pun tak reti sgt brbahasa.. cuma sekadar meluah isi hati yang terbuku sekian lama..!!

Encik Suami said...

Wah..panjangnye ucapan.Cikgu jugak ker? Anyway..good luck.