I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 10, 2011

Inspirasimu Inspirasiku



Kadang-kadang tidak aku sangka.. kalau la aku tidak mendapat komen dari pensyarah pembimbing aku terhadap penyeliaan pengajaran aku tempoh hari, aku tidak pun mengetahui kekuatan aku dalam mengajar murid-murid tahap satu adalah lebih berkesan sebenarnya. Mungkin kerana aku sering mengajar mereka dengan teknik penceritaan yang baik dan tahap komunikasi yang sama dengan tahap umur mereka.

Siapa menyangka, melayan telatah murid-murid cilik ini lebih menyeronokkan sebenarnya. Mereka sering memberi respon yang terbaik yang seringkali memudahkan aku membetulkan kesalahfahaman mereka terhadap konsep sains. Di sini peranan aku sebagai guru nampak dengan ketara berbanding mengajar murid-murid tahap dua yang lebih berdikari dan mulai pandai berfikir. Semasa mengajar, mereka perlu diberi perhatian seorang demi seorang kerana setiap satu dari antara mereka mempunya personaliti yang berbeza. Inilah yang dinamakan perbezaan individu.

Jadi, kanak-kanak ini merupakan inspirasi aku dalam mengajar. Merekalah yang seringkali membuatkan semnagat aku membara-bara untuk datang ke sekolah. Menyediakan bahan mengajar yang berwarna warni disamping sentiasa bersiap sedia untuk menjawab setiap satu persoalan mereka yang adakalanya di luar batasan pemikiran. Aku percaya kesediaan kita menerima kehadiran mereka menjadikan mereka bersemangat untuk belajar.


"Guru yang terbaik adalah guru yang mampu menjadi inspirasi kepada murid-murid !!"

Selalunya, sebagai cikgu permulaan, aku selalu bertanyakan cita-cita mereka.. Aku suka melihat rasa keterujaan kanak-kanak terhadap apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka pada masa hadapan. Mereka selalunya bercita-cita ingin menjadi doktor, guru, usahawan, polis, tentera, ahli bomba, dan cita-cita untuk menjadi angkasawan sudah tidak asing lagi aku dengar. Sebagai guru dan fasilitator, aku cuma perlu menyemarakan azam dan cita-cita mereka. Itu saja.. mudah kan??


"Hakim nanti bila dah besar.. Hakim nak jadi apa?" soal aku sambil dia menjabat tangan aku.


".. hmm.. Hakim nak jadi seorang guru"


"Kenapa nak jadi seorang guru ?" aku tanya lagi. Inilah teknik penceritaan yang aku maksudkan.


"sebab Hakim nak jadi guru macam Sir Ikhram.." jawab dia ringkas !!


Aku seolah-olah tidak berada di bumi yang nyata lagi.. hahaha !! Walaupun itu jawapan dari seorang kanak-kanak, aku terima jawapan itu sebagai semangat untuk aku sentiasa memperbaiki diri supaya sentiasa menjadi guru yang terbaik.. dan kata-kata kanak-kanak itu selalunya jujur.. !!


Aku sumber inspirasinya.. dan dia sumber inspirasiku..


.

p/s - sejujurnya, aku tidak mampu lagi melupakan kenangan di Sekolah Kebangsaan Genting. Aku masih rindukan setiap jadual aku di sana.. !!

.

16 comments:

lavender said...

mmg betul...............kanak-kanak adalah pengkritik yang paling jujur

ZWAN SABRI said...

yeah. btol tu btol.. guru dpt jd inspirasi kpada murid2.. guru contoh terbaik.. ;)

MySuaraBlog: Hormon Testosteron Penting Untuk Lelaki

IMANSHAH said...

good ikhram, teruskan..sayangi bidang ini

sarah zulk said...

haha.. aku suke entry nih..! =D

alia kamal said...

yeay! if i were u i would cry already..haha..

iKhRam said...

lavender : suke mendengar kata-kata kanak-kanak.. yang jarang2 menyakitkan hati.. huhuhu

iKhRam said...

ZWAN SABRI : dari dulu, guru-guru adalah sumber inspirasi saya.. sehinggalah saya menjadi bakal guru.. guru2 tetap contoh tauladan yang baik buat saya..

iKhRam said...

IMANSHAH : insyaallah.. selagi hayat dikandung badan.. profesion perguruan ini tetap dicintai sampai bila2

iKhRam said...

Sarah zulk : hang suka.. aku pun suka.. tq k!!

iKhRam said...

Alia kamal : sentiasa menajdi kuat walau hati ini luluh.. huhuhuh

MAiCHER said...

ish bestnya. tak sabar nak praktikum ^__^

iKhRam said...

Maicher: sabar... sabar...

Qamarul said...

saye nak jadi guru mcm sir taphatimaknak.. haha

iKhRam said...

Qamarul: hang meghepek apa ni bang?? hahahaha

::FAIZ FARISH:: said...

budak pic no 2 tu comel

iKhRam said...

Faiz Farish: dua dua gambar tu adalah budak yang sama.. dialah yang nak jadi mcm sir ikhram tue.. huhu!!