Sebenarnya aku sudah pun selesai exam..!! Hooray..!! Aku dah pun MERDEKA... untuk pengajian semester ke tujuh aku nie.. !! Oleh sebab itu.. miss P'nut awal-awal lagi dah rancang nak ajak tengok wayang - citer NUR KASIH... asalnya dia tak mau pilih citer ni.. sebab dia tak mau nangis2, nanti kalau dia nangis2.. dia akan pening kepala.. !! hahaha... tp at last, pegi jugak tgok citer nie !! hahaha...
Gambar kat atas ini adalah reaksi aku selepas beberapa minit meninggalkan panggung..!! Dan seperti biasa, aku jarang tengok wayang untuk ketawa.. selalunya aku tengok wayang memang untuk menangis..!!! hahaha..!! dan cerita ini memang sesuai untuk orang-orang macam aku..!! haha.. sah-sah aku memang lelaki hingusan..!!
Aku bagi tips.. - kalau korunk rasa nak puas menangis tengok wayang.. jangan sibuk-sibuk bawak tisu nak lap air mata.. biarkan jer air mata tu mengalir jatuh terus kat baju.. baru feel !!
---- NUR KASIH ---
.. Kalau orang tanya, apa kekuatan pada cerita ini... aku pilih tema Ganjaran..!! Kalau nak memberi, berilah barang yang paling kita sayang.. itu lebih baik dari kita beri barang yang kita sayang sikit-skit.. sebab, apa yang kita beri atau kita sedekahkan itu, ganjarannya pasti setimpal dengan apa yang telah kita lakukan..
Dalam citer ni.. aku tak heran sgt dengan watak-watak utama - aidil, adam, nur., tp jiwa aku lebih terkesan banyak dengan watak remaja lelaki yang join kelab remaja tue.. Awalnya aku tak fikirkan sangat tentang kepentingan watak tu.. Punyalah aku tak kisah sampaikan nama watak tu pun aku tak ingat.. tapi watak tu lah yang telah memberi inspirasi dan banyak unsur pengajaran yang terkesan dalam hidup aku..
aku teringat apa kata budak tu.. "kenapa orang baik selalu saja pergi dulu.." - tapi tak sangka dia yang pergi dulu sebelum Adam.. kadang-kadang kita tak tau kelebihan diri kita sehinggakan kita rasa kita jauh dariNya.. padahal cahaya petunjuk tu Allah dah bagi selalu..!!
Saat dia watak dia mati.. saat itu aku tidak boleh terima.. dan aku bukan tuhan... Ketentuan Tuhan itu pasti sebab hanya Dia saja yang Maha Mengetahui..
(boleh tak nak request kat pengarah.. hidupkan balik watak tu..?? haha..!!)
....................
TASTELESS
dan saat-saat akhir semester ini.. aku fikir aku banyak kali berlibur bersama kawan-kawan.. menghabiskan masa berkualiti secara optimum.. kadang-kadang memang masalah masa dan kewangan tu menjadi kekangan.. tang mana masa nak study..? tang mana masa nak pulun highlight note..? dengan study group..?? dengan duit pun takde.. tinggal serdak-serdak jer.. tapi aku selalu percaya walau apapun yang terjadi.. aku tetap akan hidup!! ..dan aku berjaya melaluinya..!!
Yup! Aku berjaya melaluinya dengan indah !!
Sebelum mengakhiri semester tujuh yang penuh keriangan ini.. Aku kepilkan bersama gambar-gambar saat-saat aku berlibur bersama orang-orang yang terdekatdengan diri aku.. sebelum, semasa dan selepas ujian.. Alhamdulillah.. aku berjaya menjawab ujian dengan hati yang lapang.. Cuma aku berharapkan aku mampu meningkatkan nilai CGPA dengan nilai yang lebih baik lagi..!
Jadi aku boleh la balik ke kampung dengan hati yang girang selepas ni tanpa memikirkan isu-isu pendidikan lagi..!!
"Tasteless" - (miss p'nut, 2011)
(hati mengeluh.. banyak lagi barang-barang yang aku tak kemas lagi... lagi sejam nak g bus stop! tak mandi lagi.. baju tak iron lagi.. tak breakfast lagi.. aiyoyo!!??)
miss p'nut & aku
aku dan kak surain
jom study ?? JOM !!!!!
amir & farhana
kak iezza & aku
aku dgn zul
aku dengan rumate.. amir aminuddin
geng2 high school dulu.. hana & amirah
.
p/s - bangun pagi tadi mak call... stesyen komuter yang terakhir dah ada kat depan umah aku !! Wow.. senang la nak g kl lepas nie.. hahahaha!!
.
10 comments:
Kalau nak memberi, berilah barang yang paling kita sayang.<----sgt setuju!
x tgok lagi nur kasih ni..huhu
byk gmbaq makan bikin aku lapaq. haaha
best x nurkasih tu ?
i pon da tgk cite Nur Kasih tu..
love watak bdk remaja tu jgk.. =)
saya pun dah habis exam!!! isok bertolak cuti2 malaysia ke terengganu!!!
Khairul Antasha : g la menonton.. best !!
nub : kami kalau kuar.. memang nak makan jer
Alynna: memang sedey kan?? menitis je air mata ni
nana liyana : best.. tak rugi la kalau g tgok !!
Anati soki : selamat bercuti..
Post a Comment