I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 15, 2011

Menjejaki Penang !!



(entry ini panjang yer !! sepanjang pengembaraan kami !!)



Apa ?? Menjejaki Penang ??

Wow !! Tapi kalau tengok pada gambar kat atas.. macam tak percaya jer kan ?? Tapi percayalah.. Memang hampir satu pulau kami pusing dalam masa tak sampai genap satu hari ni.. Siap ada tourist guide lagi.. memang dahsyat la pengembaraan kami kali ni..!! Dah nak dekat lima tahun, baru terasa nak jalan-jalan mcm nie.. huhuhu !! (sedihnyer..)

Kalau semalam aku keluar dengan miss P'nut, teacher english tempat aku practikum tempoh hari.. Hari ini aku keluar bersama teacher idawati dan husbandnyer.. mr 'B'.. hehehe !! terlupa lak nak tanya nama suami dia yg sebenar.. walhal rancak borak tak ingat dunia tadi...!! i'm sorry.. hahaha.. teacher idawati ni cikgu matematik masa aku practikum kali kedua kat sk Jalan Hamilton.. Kalau kat sekolah tu, dia ni umpama kakak angkat la untuk guru-guru pelatih mcm kami nie.. selalulah bekerjasama dengan dia, kalau nak buat apa2 tugas.. terutama untuk Hari Kantin..Kami pernah kutip untung bersih sampai RM1000 dengan hanya bukak gerai funfair jer tau !! Hebat tak??

Baiklah... kami kuar dalam pukul 2 ptg.. (sama cam semalam) kemudian, jemput adik aku si Fatin tue..! Lunch kat kawasan berdekatan dengan kg. Rawa.. Kali ni aku dah tau dah susur galur keturunan Rawa tu... itupun dari tourist guide kami yang sgt berkaliber tue !! hahaha.. kemudian kami terus ke Gurney.. Plan asalnyer cuma nak tgok wayang - citer Kongsi. Tapi disebabkan masa yang tidak bersesuaian, kami hanya melepak kat MPH.. Baca majalah untuk stok sebulan.. kemudian kami meneruskan perjalanan.

Dari gurney kami ke SQ.. Straits Quay Mall.. Best melepak kat sini.. Kawasan elit dengan tempat perhentian kapal-kapal layar mewah.. huhuhu.. dengan binaan bangunan ala2 eropah.. huhuhu.. memang best !! Tenang.. kemudian, kami beransur ke tanjung bunga, batu feringhi.. teluk bahang.. sepanjang perjalanan ni kami hanya meneliti satu persatu super kondominium mewah yang menjadi idaman masing2 sebenarnya.. selain melihat telatah pelancong asing..!! Singgah sebentar di sebuah kedai laksa..!! kitaorang makan laksa sardin kot !! sedap !!

Pengembaraan diteruskan ke teluk bahang.. terus ke area balik pulau.. hahaha!! masa ni jalan dia memang mencabar.. Bersimpang siur.. sempat tengok pemandangan di empangan.. dusun durian dan kembali kepada kenangan terindah di Balik Pulau.. sempat la lalu kat bekas rumah sewa dan terserempak dengan GPK Koko, Tuan Hj Taufik.. huhu.. mengakhiri petang dengan minum segelas air nira ais di pertengahan jalan Bukit Baru.. inilah kali pertama dalam sejarah aku minum air nira.. huhu..!! Sempat melihat view dari atas bukit.. satu balik pulau kami nampak dari atas nie..

Kami teruskan lagi perjalanan.. kali ni kami ke Ayer Itam pulak.. singgah makan malam di salah sebuah gerai nasi kandar top 5 terbaik di Penang (ulasan oleh tourist guide kami, Mr 'B'). Kemudian kami sempat singgah di perkarangan Bukit Bendera, melihat bagunan pagoda kek lok si.. dan seterusnya ke town..

Di town ni pulak... memang dari jalan besar sehinggalah jalan belakang bangunan yang sempit ini kami susuri.. memang best..!! Siap turun padang singgah ke Old Town.. kemudian ke Padang kota.. lepas tu ke persiaran Gurney balik.. Jalan ke Prangin tu sampai 4 kali kami pusing.. siap boleh buat soalan.. "Apa nama tempat ni.??" dan kami jawab dengan tepat.. cuma fatin jer yang terkulat-kulat sikit..!! Tapi memang kami selidik setiap pelosok bangunan kat area georgetown ni..!! Jangan tak percaya??!!

Disebabkan asrama tutup pukul 11.. kami menghabiskan sisa-sisa pengembaraan dengan minum malam kat salah sebuah gerai mamak kat Jelutung.. Masa ni baru la kami buat sesi berkenalan dari hati ke hati.. Aku rasa, pada masa ni kami dua beradik; aku dan fatin terasa sangat dekat dgn kak ida dan suaminya.. Alhamdulillah.. masing-masing dpt mengenali hati budi serba sedikit dalam waktu yang seadanya.. Insyaallah.. semuanya dapat menerima diri masing2 dengan baik. Kak Ida pada waktu tu sedang risau.. al maklumlah nak ke sekolah keesokannya.. lain cerita dengan kami bertiga.. esok kami cuti dan boleh berehat.. hooray !!!

Jadi kami sampai ke asrama masing2 dengan selamat tepat pada waktunya..!! Semoga pengalaman terbaik ini mampu kami ingati sampai bila-bila.. sebabnya byk citer sejarah dalam pengembaraan ni yang boleh digunakan pada masa akan datang.. hahaha..!!

Memang Penang kaya dengan sejarah dan keunggulannya..

.

p/s - buat baik dibalas baik.. !! Laksa Asam selalunya dimasak oleh orang cina.. jangan pernah lupa fakta nie yer..!! huhuhu...!!

.

4 comments:

mulan said...

tersengih baca entry kali ni, cam menarik ja pengembaraan satu hari ni...rasa tak puas lak tengok ulasan ni,ape pom.."Mr. B" tetap terkangkang masa balik di rumah...loteh !
thanks for your time.

fyi : Nama "Mr. B" haruslah dirahsiakan daripada alam maya ini ! haha...

IMANSHAH said...

salam

lama tak ke penang

masa di USM, QB Mall mana ada lagi

KOMTAR ngan BJ jelah tempat lepak

ZWAN SABRI said...

Seluruh Penang Island dah dijejaki.. How about Penang Mainland? Bila plak nak jejaki? HAHA

Qamarul said...

tengok tu. kuar jenjalan x ajak..