Sudah 4 hari aku meninggalkan SK Genting.. dan setiap kali itulah aku sentiasa meneliti setiap satu gambar-gambar kenangan bersama anak-anak murid tercinta.. Setiap satunya mempunyai pelbagai cerita yang sememangnya mengungkit kenangan-kenangan yang terindah dalam hidup aku. Antaranya adalah gambar-gambar di atas.. Suka benar aku ulang-ulang melihatnya..
Bersama merekalah aku warnai setiap hari-hari kehidupan aku sepanjang menjalani latihan praktikum. Mereka semua ini sememangnya lucu dan salah setiap seorang antara mereka, mempunyai perwatakan masing-masing. Semuanya menghiburkan.. Kalau aku malas, memang mereka la tempat untuk aku suruh itu dan ini.. dan mereka semua memang boleh dipercayai.
Kami semuanya mempunyai trade mark masing-masing bila bersalaman. Setelah berjabat, kami akan mencuitkan dua jari hantu dan telunjuk masing-masing sebagai tanda kami adalah dalam satu kumpulan. Wow !! dahsyat budak2 ni.. dan trade mark ni mereka yang ciptakan..
Pantang ada masa lapang, kami akan duduk sama-sama berbual. Selalunya kami duduk semeja sewaktu sarapan; sebelum bunyi loceng masuk ke kelas.. mahupun waktu selepas persekolahan; sementara mereka menunggu kelas tambahan petang. Pada waktu ini kami selalunya akan berkumpul di pondok sebelah kelas mereka sambil minum teh ais yang dibeli dari kedai luar yang berdekatan. Ada saje yang sanggup tolong membelikan.. bukan sebungkus untuk aku sahaja.. tapi berbungkus2 untuk rakan-rakan mereka yang lain juga... dan teh aisnya memang aku akui.. memang betul-betul KAWWW...!! hahaha..
Setiap pagi, kalau ada barang-barang yang berat, pada si Naim itulah tempat aku bergantung harap untuk menyimpan segala beg-beg peralatan aku yang berat dan banyak itu ke bilik mesyuarat; bilik tempat aku bekerja. Pada si Zikri lah tempat aku berhibur dengan lawak-lawaknya. Pada Eizani tempat aku berkongsi minat mengumpul barangan PILOT. Pada Firdaus the rockest buat aku tersenyum dengan kerenah ciliknya. Pada Amir aku melayan ceritanya romantiknya. Pada Shakir yang seringkali buat aku tergelak dengan vest sendatnya serta telatah lucunya. Dia ni umpama Giant yang baik la.. yang tidak suka membuli. Pada Afiq, aku sering memuji bakal menjadi jejaka kacak apabila usia dewasanya menjelang. Nasrul Naim, aku jarang-jarang dengar suaranya.. tapi aku tau dia baik dan ada keistimewaanya. Pada Ikhwan anak ustazah seorang ini.. yang seringkali mendekatkan pipi bila bersalaman.. hahaha!! Pada Asffahaiqal, tempat aku berkasih sayang dengan kecomelannya dan kejujurannya..
Walaupun mereka rapat dengan aku.. dan aku pula rapat dengan mereka.. tp mereka tahu menghormati aku sebagai guru mereka. Mungkin dengan rasa hormat mereka itu membuatkan aku lebih menyenangi mereka biarpun aku tidak mengajar kelas mereka.. cuma sesekali kelas seni mereka aku jenguk dan sertai .. Aku biarkan mereka beramah mesra dengan aku sambil mereka tahu batas-batas pergaulannya.
Terima kasih putera-putera 6 Wawasan dengan kasih sayang kamu semua. Sesungguhnya Sir tidak akan lupakan kenangan antara kita semua.. Puteri-puteri jangan jeles yer ?!! Kamu pun baik jugak !! hehehe.. !!
Sir doakan kamu semua berjaya dalam peperiksaan UPSR 2011 nanti..
.
p/s - kalau ada sumur di ladang, bolehlah saya menumpang mandi... !! Good Luck juga untuk adik bongsuku MUHAMMAD NUR IMAN.. untuk UPSR 2011.. Esok dia pun ada ujian bg subjek pendidikan seni.. nak lukis corak pasu Sarawak, katanya.. hahaha !!
p/s - kalau ada sumur di ladang, bolehlah saya menumpang mandi... !! Good Luck juga untuk adik bongsuku MUHAMMAD NUR IMAN.. untuk UPSR 2011.. Esok dia pun ada ujian bg subjek pendidikan seni.. nak lukis corak pasu Sarawak, katanya.. hahaha !!
.
2 comments:
eh...kenapa tiba2 ada air jatuh dari kelopak mata ni bila terbaca entry kat atas....oh..mata terkena habuk rupanya..
(sungguh..rindu dgn kenangan lalu,namun masa tidak berpatah balik)...
Abuhazieq ; hahaha.. kene tiup cepat-cepat habuk tue.. takut nanti teruk jadinya..!! bimbang sakit mata pulak.. hehehe..
kenangan lalu la destinasi yg paling jauh.. yg tak mungkin akan dpt dicapai..!! biarpun indah.. kekalnya tetap indah..
Post a Comment