I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 25, 2011

MMS - Buat Aku Terharu..!!

Hari ini aku macam semalam.. hidup bersama nota-nota exam yang banyak dan padat !! Aku baca, kemudian salin.. aku baca, kemudian aku salin lagi.. aku baca, kemudian aku salin salin salain lagi.. dan kali ni aku lebih faham..!! Jadi, inilah masa untuk aku cari orang untuk aku ceritakan apa yang aku faham..!! Rumit dan melecehkan.. tapi cara ini memang terbukti berkesan.. Methodology sungguh !!

Kawan-kawan yang lain tu aku tengok senang jer ilmu diorang nak masuk.. baca sambil meniarap pun ada... kadang-kadang tu, ada yang baring-baring siap sumbat telinga dengan earphone sambil tangan dua-dua dok menjulang nota.. macam main agah2 budak pulak dibuatnya nota tue..!! dan ada juga yang bukan main teruk lagi nak menghafal.. terkumat kamit mulut.. dah macam tok bomoh pun ada aku tengok.. tp tanpa aku sedar.. aku perasan,kalau ada orang-orang yang smart dalam study.. dia selalu buat ringkasan note dengan membuat akronim.. atau dengan kata lain menulis singkatan dengan melambangkan isi-isi atau point-point tu dengan huruf..

Dan aku tetap pelajar tradisional yang sgt-sgt terlalu konvensional.. baca dan menyalin..!! sangat membosankan.. that is why.. muda-muda lagi aku dah rabun !! hahaha.. walhal byk tgok tv..!! Apapun setiap orang ada cara pembelajarannya masing-masing !! Yang penting masuk apa yang dibaca tu ke dalam akal... dan disimpan dengan rapi..

Menurut cikgu Aini, bekas cikgu admath yang aku sayang sgt2 tu..! belajar, kemudian berkongsi dengan orang, selalunya dpt meningkatkan kefahaman dan menguatkan ingatan.. Aku setuju. Itulah yang selalu aku pesan kepada anak-anak murid aku.. 'kongsi ilmu.. jgn kedekut ilmu dengan kawan-kawan.. nanti kat padang mahsyar nanti, kamu junjunglah ilmu kamu yang berat tu sorang-sorang !!' Lepas tu semua anak murid aku geleng-geleng kepala.. tak nak la konon-kononnya !! takut jugak ek diorang?? al maklumlah nak UPSR..!!

Tengah sedap-sedap menelaah.. (wow.. macam pelajar cemerlang !!) tetiba dapat satu mesej dari miss p'nut.. bila aku tgok enset, bukan mesej.. tp MMS - mesej bergambar !!

wow!! keluar la mesej seperti dibawah..!!





"Salam. Hai sir Ikhram.. (ikon smile) semoga berjaya dlm exam. We all miss u so much !!"- Hakim, 2 Wawasan.


Tu 1:01 pm


Entahlah.., lepas jer dpt mms ni.. aku rasa terkesima sekejap.. aku rasa rindu dengan anak-anak murid membuak-buak.. maklum sajelah, budak2 darjah dua kat sekolah tu memang comel-comel belaka dan semua tu buat aku rasa sgt bermotivasi.. aku makin seronok untuk baca buku sambil tersenyum-senyum sendiri lepas tu..


Hakim tu favourite student aku kat sekolah.. smart, kemas dan rajin.. selalunya dia la yang selalu balik lambat sebab bertugas bersihkan kelas.. angkatt kerusi, susun meja, padam papan hitam, susun buku kat kabinet, sapu sampah.. semua tu dia buat seorang diri k? Susah nak elak bias ni sebenarnya.. elak macam mana pun mesti ada sikit..!! tp dengan hakim ni, aku selalu jer buat-buat garang..! takut nanti naik lemak pulak!! hahaha...!!


Apapun, terima kasih Hakim.. Terima kasih Miss P'nut utk MMS yang sungguh bermotivasi dan bermakna ni.. sangat menghargai.. !! Saya akan melakukan yang terbaik ! Insyaallah..


p/s - rambut Hakim dah pendek.. teringat dialog dia .."saya nak jadi cikgu macam sir ikhram".. huhuhu.. sungguh meruntun jiwa ! itulah bestnyer menjadi PENDIDIK !!


.

9 comments:

MAiCHER said...

wahhhhh..!!
bestnya dapat mms camtuh.
kalau sy pon mesti touching.

menampakkan yang kita penting dalam hidup dia.
sebab walaupun takde depan mata, dia still ingat kita. ^__^
huhuhu.

dan saya rasa jugak, mesti sir ikhram ni fav cikgu hakim.
sy berani bet kot.
hehe

yang pasal buat-buat garang tuh, sy setuju. kalau dia tau dia fav student sir ikhram mesti dia naik lemak nanti. haha

ps:tak saba nak pbs ^_^

::FAIZ FARISH:: said...

wow, dia wish kau.. hebat

Azmer Lias said...

msti terharu abiskn?!
huhu

Aman Ibrahim said...

sweet~ terharu...
hahaha.. semua orang ada cara belajar tersendiri yg penting bleh jawab exam

iKhRam said...

huhuhu

iKhRam said...

maicher : huhu.. cikgu feveret?? tak tau la pulak.. hahaha.. tp garang memang kene garang..hahaha..

iKhRam said...

FAIZFARISH : budak2 sekarang.. semua diorang tau

iKhRam said...

Azmer Lias : terharu.. sebab tu study pun senyum2 jer..

iKhRam said...

Aman Ibrahim ; yup.. kaedah tak penting.. tp hasil yang penting kan?