I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu, EMAK !!


SELAMAT HARI IBU untuk emak...!!

Pagi-pagi lagi dah bangun nak ucapkan selamat hari ibu kat emak seperti tahun yang lepas-lepas.. huhuhu..!! Rindunya rasa hati bila melihat gambar kat atas.. abaikan rupa paras aku yang kusut masai tu.. orang cakap kalau pandang muka emak kita sendiri.. boleh dapat pahala..!! huhu..

Jadi selalunya kalau nak bercakap dgn emak kat telefon, mesti kene melalui abah.. sebab kalau telefon mak, memang kene guna telefon abah.. mak aku ni anti-teknologi.. hahaha..!! lepas tnya khabar dari abah sepatah dua, mesti terus nak cakap dengan emak.. kadang2 naik merajuk abah !! hahaha..


"emak, selamat hari ibu..!! Terima kasih sebab lahirkan dan jaga abang sampai dah besar mcm nie.. sampai dah nak jadi cikgu tak lama lagi.. huhuhu," aku luahkan dengan senyum2 simpul tawa-tawa kecil..

" iyo la.. tapi ingat, omak buek2 baek dgn ekau ni.. ingat suko2 yo ko ? sumo ni mintak dibalas !!"


Aku yang terdengar jawapan balas dari emak tu memang nak tergelak la.. kalau bab bab nak meluah perasaan macam ni, memang aku kalah dengan emak.. kami berdua ni tak pernah nak serius..!! serius sebenarnya tapi jarang nak sedih2..!! Aku rasa emak faham apa yang terbuku dalam hati aku nie.. bahawa cinta dalam hati ini hanyalah untuk emak..


selamat hari ibu, untuk wanita agung seperti ibuku.. makcik fujiah hj talib !!


Selamat hari ibu untuk emak.. emaklah ibu yang terbaik yang ditakdirkan untuk abang.. tanpa emak yang garang ini, sudah tentu abang takkan menjadi manusia seperti sekarang.. hahaha!! Teringat macam mana mak aku denda aku macam-macam masa kecik2 dulu.. kene makan kertas la, kene cili mulut.. kene cubit.. kene baling selipar.. hahaha!! al-maklumlah masa kecik2 aku degil sangat..!! Masih terbayang cara emak kejutkan aku pagi2 untuk ke sekolah.. senang saja caranya, mak pamkan air sejuk ke muka dengan pam sos !! hahaha!! senang, mudah dan berkesan..!!

.p/s - tahun ni tak nak buat ucapan sedih2 lagi.. sebab dah nak masuk 23 tahun dah umur aku sekarang !! hahaha..!! kalau nak sedih baca ucapan tahun lepas... (klik)


3 comments:

::FAIZ:: said...

nice pic ngan mak tu

sarah zulk said...

hehehe.. simple n klaka... like like like!

Sandra Azwan said...

Saya sayang emaik saya! hehe..;-)