I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day




Selamat Hari Guru

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Saya sebagai anak murid serta guru pelatih... ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru-guru di seluruh Malaysia.. terutama guru-guru dan pensyarah-pensyarah saya yang telah mengajar saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah menjejaki kaki menuntut di institut perguruan ini..

Jasa dan pengorbanan kalian semua.. tidaklah dapat saya balas..!! Hanya kalungan doa.. semoga setiap seorang guru-guru saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa dan negara serta dimurahkan rezeki sebagaimana cikgu-cikgu sekalian bermurah hati mengajar dan mendidik saya dan rakan-rakan yang lain..

Kenangan bersama kalian semua tidaklah dapat saya lupakan.. kesusahan dan kegembiraan kita semua, tidaklah dapat saya pandang enteng.. kerana setiap patah kata-kata guru-guru sekalian umpama doa yang sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidup saya..

Pengalaman adalah guru terbaik.. dan kalianlah, guru-guruku yang telah menanamkan pengalaman yang terbaik dalam hidup saya.. sesungguhnya saya hargai dan saya hormati apa-apa sahaja yang datang dari cikgu-cikgu sekalian. Benarlah kata-kata kalian.. bahawa jasa guru sentiasa disebut-sebut sehingga mati.. meninggalkan belang biarpun jasad reput dimamah usia..

Doakan saya wahai guru-guruku dalam menempuh setiap satu dugaan terutama ujian dan peperiksaan.. serta dugaan maha hebat apabila menjadi seorang guru kelak.. setiap satu contoh kalian saya ikut agar menjadi panduan..


TERIMA KASIH CIKGU.. !! SAYA SAYANG CIKGU !!


.

p/s - salam sayang untuk Cikgu Aini yang telah mengubah masa depan saya dari kelam kini terus bersinar... terima kasih cikgu..!!

.

2 comments:

AKU CHUN said...

Selamat hari guru!

- LIANA ASIF - said...

teringat dulu2... yna pnah bg hadiah bekas sabun b'sama sabun didalamnya kat sorng cikgu yg yana suka sgt.. bila ingt balik t'gelak sorng2, malu pn ada.. semua 2 dah jd knangan... :-)