I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 20, 2011

I Am Silent


I Am Silent ??

Suruh tengok wayang..?? tak nak !! Suruh keluar jalan2..?? pun tak nak !! Suruh study..?? pun tak nak? Itu tak nak?.. ini pun tak nak ?? Bercakap pun tak nak ??

huh !!!

Duduk dalam kelam.. hitam pekat... yang ada hanyalah lampu dari luar ; lampu koridor antara bilik-bilik hostel kami..! Aku baring, bertemankan laptop..!! ada masa laptop yang menonton aku.. sedang fikiran aku jauh melayang entah di mana-mana.. dalam hati; yang penting ada senyuman di bibir..!!

Aku baring sepanjang hari.. pasif ! bila aku pandang ke dinding, yang ada hanyalah rak yang tersusun buku-buku dan segala majalah.. yang jemu aku baca berulang-ulang kali.. rak di tingkat bawahnya, beberapa barang2 hadiah pemberian ramai orang.. semuanya ada nilai tersendiri..!!! Kemudian mata meliliau ke siling.. beralih ke luar tingkap yg tertutup.. aku nampak luar kerana permukaannya jernih dan kusam !!

Dan cadar jahitan emak yang melapik tubuh aku ini sungguh selesa.. kebijaksanaan emak memilih fabrik kain aku puji.. kerana bila hati aku tidak seimbang.. cadar ini bisa buat aku tenang..!! Suhu bilik membenarkan fikiran aku terbang lebih jauh lagi.. ke tempat yang sukar aku temui ; iaitu kenangan lampau !

I am Silent

Aku bisu kini.. yang ada hanyalah bunyi libasan kipas yang tiada henti.. yang menghingarkan hari-hari baki aku.. meluputkan setiap isi-isi penting ilmu pagi tadi.. Sebenarnya aku belum bersedia.. melepaskan dia pergi..

dan sekarang... aku perlu senyum !!

.

p/s - terima kasih kepada sesiapa yang mengucapkan ucapan gud luck atau selamat berjaya kepada saya siang tadi.. huhuhu !! Andalah semangat saya kini !!

.

12 comments:

Erin Azizan said...

senyum jugak tgk ko..hihihi

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

eh, belum cuti lagi ke? hoho

Maicher said...

people always want to be alone.
but at the same time they don't want to be lonely.

:)

iKhRam said...

Erin Azizan ?? apala yg ko senyumkan tu??

iKhRam said...

Inspirationalefeks : bolom laie.. ado paper rabu dopan..!!

iKhRam said...

Maicher : alone n lonely.. kat luar ramai.. tp tetap sunyi.. jarang ada perasaan mcm nie.. huhuh

Sandra Azwan said...

Salam Ikhram..Terharu baca komen u dekat my blog...terima kasih banyak2 diatas sokongan anda...;-)

p/s: Kirim salam dekat adik perempuan u tu...hehe

ZWAN SABRI said...

Biasala.. klaw time nagh periksa, nak bwat apa pown serba x kena.. HUHU..
btw, good luck ye utk next paper.. ;)

Fatin Baharum said...

another wish from me.

good luck ! :)

latest entry : azrul junior ♥

iKhRam said...

SANDRA AZWAN : kalau betul2 best.. kenapa tak saya puji.. jadi itu credit utk blogger mcm kamu!! teruskan bergiat dan menulis semua aktiviti anda k? sentiasa akan menyokong !!

iKhRam said...

zwan sabri : bukan masalah periksa sgt.. tp masalah perasaan.. hahaha!! apapun terima kasih dgn ucapan selamat berjaya tu.. suka menerimanya..

tq

iKhRam said...

Fatin Baharum: terima kasih.. dengan berbesar hati menerimanya..