I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 21, 2011

Jalan Malam



Jalan Malam yer... ! Bukan Damping Malam, k ?? Haha..!!

Lepas tergelak-gelak sakan mengusik salah seorang kawan aku, tetiba kawan aku yang kene usik itu lapar pulak perutnya.. hahaha!! Jadi kawan kat sebelah utarakan idea.. 'jom kuar kat tepi pantai'... mana-mana pantai yg ada kat pulau mutiara nie..!! Ada tiga pilihan pantai kata dia... pilih yang mana satu..?? Rupa-rupanya ketiga-tiga tepi pantai tu kami pergi malam nie.. hahaha !!

Malam tu kami berempat.. aku dan tiga mereka yang lain, sambil-sambil jalan, sambil-sambil itulah kami ketawa..! Apa-apa topik mesti ada yang kami nak ketawakan.. tiada perkara yang serius melainkan yang ringan-ringan sahaja yang kami ketawakan..!!

Sepanjang ketiga-ketiga pantai itu, sebenarnya tiada satu pun yang menjamin kepuasan hati aku. Suasana 'havoc' yang dicanang oleh budaya remaja hari ni sungguh menyesakkan. Aku cuba juga untuk menghiburkan hati.. tapi itu semua pura-pura sahaja.. budaya lepak remaja Malaysia sangat teruk bila tiba di tepi pantai.. bertambah teruk lagi bila waktu melepasi waktu tengah malam..

Bila mereka berkumpul dalam sekumpulan mereka.. terutamanya remaja lelaki.. perangai mereka buat aku yang seorang lelaki ni merasa gusar.. Kalau soal rokok ? Itu tidaklah menjadi hal.. biasalah setakat menghembuskan nafas pada orang lalu lalang.. itu memang budaya perokok.. tp budaya percakapan yang sengaja mereka kuat-kuatkan.. itu tidak baik..!! Malah sengaja pulak mahu menjerit2.. Itu lagi tidak baik !! itulah payahnya bila dah jadi ramai.. ego menjadikan mereka begitu sangat teruk dan 'kuat'..

Kemudian berjalan pula kami lagi.. kali ni kami berpecah.. aku berjalan berdua..!! Aku cerita perasaan aku ini..!! kelihatan beberapa ahli masyarakat sedang minum arak di khalayak ramai.. Aku pandang saja.. takut pun ada...!! sebab mereka agak ramai.. dan keadaannya membimbangkan aku dan kawan. Kemudian datang pula ahli-ahli mereka yang lain menghampiri kawasan itu dengan membawa kenderaan mereka laju-laju.. huhuhu..!! kereta..?? motor..?? Semuanya laju dan membingitkan !!

Jam sudah menunjukkan pukul 12. 30 tengahmalam atau mungkin lebih.. masih ada lagi kanak-kanak yang berlegar-legar sambil ditemani oleh ibu bapa.. Aku tak rasa perkara ini baik..?? Masa berkualiti yang mahu dihabiskan bersama keluarga bukanlah waktu-waktu seperti ini.. malah bukan di tempat-tempat seperti ini.. persekitaran sebegini adalah tidak baik untuk kanak-kanak.. pada waktu sebegini mereka sewajarnya berada di rumah.. tidur.. Bukan melepak macam nie??.. Hairan aku, bagaimana pemikiran ibu bapa hari ini.. ini bukan soal keterbukaan.. tp soal keselamatan dan cara penentuan tabiat anak-anak..!!

Masalah berfoya-foya pasangan-pasangan kekasih pula..?? itu adalah perkara biasa !! Aku faham budaya itu.. tapi perlakuan menggosok-gosok lengan ke bahu kekasih.. itu perkara yang tak manis..! Mengurut-urut belakang pasangan.. itu tidak manis !! Merangkul-rangkul pinggang pasangan.. itu tidak manis.. apatah lagi membonceng motor pasangan sambil tangan teman wanita memasukkan ke dalam jaket teman lelaki.. itu tidak baik..!! dan apabila perlakuan itu berlaku tanpa tiada pergerakan motor... itu adalah lebih tidak baik.. dan tidak munasabah !! "Takut apanyer..? kan motor tak bergerak !!"

Apapun pengalaman ini ternyata berlainan.. ini bukanlah kali pertama aku berjalan malam.. ini sudah kali yang ke berapa pun aku tak pasti.. seronok juga melihat telatah kegiatan manusia pada malam hari.. kat tepi pantai, malam-malam ada jualan pakaian bundle.. 'kalau hari ini aku baru dapat duit elaun.. pasti aku dah rembat sehelaii dua..'

Kemudian melihat enak dan lazatnya makanan-makanan yang ada dijual di gerai-gerai bergerak. ..rojak buah sudah pasti.. itulah pencuci selera yang begitu 'kena' pada tempat-tempat sebegini.. Di seberang jalan tempat kami duduk-duduk, terdapat sekumpulan penunggang basikal berkonvoi.. berhenti berehat mungkin.. memukau pandangan aku.. dengan kecanggihan ciptaan basikal milik mereka, dan cara mereka berkomunikasi sesama mereka.. sudah cukup membuatkan mereka yakin dengan diri sendiri.. sebab itu mereka tidak mempedulikan orang lain.. mereka dengan kumpulan mereka.. berbual sambil 'mencodot' botol air mereka sahaja.

Perjalanan kami malam itu diakhiri dengan perlakuan tragedis di sebuah restauran yang agak mewah jugak aku rasa. Akibat restaurant ini tidak berdinding sepenuhnya.. jadi bunyi-bunyi suara pergaduhan jelas kedengaran.. inilah kali pertama aku perhatikan pergaduhan di khalayak ramai.. dengan aksi gasakan yang aktif antara mereka yang bergaduh itu.. buat aku yang berdiri jauh.. bergerak hampir ke restaurant itu.. untuk melihat apa yang terjadi.. namun, biarpun aku sudah tercegat di luar restaurant, aku masih tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.. yang pasti, mereka semua berada dalam keadaan mabuk..!! ini ada sedikit unsur-unsur yang dibawa pelancong asing..!!

Apapun sepanjang perjalanan malam ini.. hati aku sedikit terusik apabila setiap kali aku terlihatkan jenis-jenis kereta putih yang mampu mengimbau kenangan manis aku.. aku seperti tercari-cari sesuatu.. kerana aku berharap, yang ada di dalamnya adalah dia.. tp, aku hampa !!

.
p/s - apabila sandra azwan memberi komen balas !! rasa macam nak heboh satu Malaysia.. hahaha !!
.

4 comments:

pembaris said...

walaupun masuk stadium dah tak boleh bawk lighter,asap rokok dah kurang, tapi tak bermakna boleh bawak anak2 ke stadium jugak.mencarut masih berleluasa.bapak2 ramai tak perasan atau nak nak bagi alasan anak2 belajar mencarut darai orang lain

iKhRam said...

pembaris : wow !! terpukau lagi dengan ayat2 anda.. memang betul2 terkesima nie..!!

Mutiara Bernilai said...

oh, adik2 semakin jatuh. bantu mereka untuk berdiri.


*mencari siapa dlm kereta putih? kenangan lalu? moga yg terbaik buat kamu.. :)

iKhRam said...

Mutiara Bernilai : mereka yang jatuh kian terus jatuh.. yg dirisaukan sgt mereka yang beru bertatih nie.. huhuhu

mencari orang yang kian menjauh.. dari segi jarak dan kini jauh dalam ingatan.. need power..!!