I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 28, 2010

Hari 24 Aku Tak Hirau

Teringat malam tadi... aku berbual dgn adik kesayangan aku si Fatin Munira.. ada jugak setitik dua airmata ni mengalir.. aku tak tau kenapa kerana seorang wanita kami boleh salah faham... hahaha.. besa la carik2 bulu ayam.. teringat tulisan dia kat status profile facebook dia.. 'rindukan saudara sedarah sedaging'... hahaha.. senyum jer aku baca dan mengomen..
Sebenarnya kami tak pernah macam ni.. rasanya kami tak pernah menyepi dan memendam rasa seperti ini.. kami sebenarnya tak bergaduh tapi kami senyap2kan diri.. adik, terbukti abg takkan mungkin boleh hidup kalau adik tak de.. sebab tu tuhan bagi kita sama tempat belajar.. dari sekolah sampai la study kat maktab kita yang tercinta nie.. ingat lagi tak macam mana abg boleh pilih nak sama sekolah dengan kau dik sedangkan pilihan ada byak lagi yang bagus2.. supaya kita tak pernah jauh.. sama2 rasa sempit naik van sekolah.. sama2 memerhatikan antara kita.. sama2 perhati jikalau ada kawan yang sentiasa merendah2kan kau.. ingat lagi tak dik, setiap malam di beranda rumah kita.. bagaimana abg sentiasa berpesan supaya ko redha memilih opsyen sains walaupun ko lebih mahir dalam matematik.. supaya takdir tu menempatkan kau sama2 belajar kat maktab abg.. orang mesti cakap, abah kita guna 'kabel' sebab kita dapat tawaran belajar kat maktb yang sama.. walhal 'keajaiban' ini berlaku sebab sikap kita yang tak pernah nak jauh.. semua ni sebab didikan mak abah kita kan???.. abg janji takkan membelakangkan kau lagi.. sebab kau jugak tau apa2 yg terbaik bagi abg...
Jadi aku ambik keputusan yang terbaik bagi melupuskan dia dari ingatan aku.. no thinking2.. no frust2 lagi.. sebab adik aku ckp gadis macho itu tidak sesuai.. dia lebih tau bahawa gadis yang lembut itu lebih baik bagi menemani aku.. hahaha ye ke?? ye kot..
Namun ada perkara lain lagi yang boleh buat aku sepi dan mengalirkan air mata.. sepanjang minggu ni.. Afiq, abg fuad dan kak fatin balik kmpung serentak... sunyinya hidup aku.. setelah semenjak dua menjak mereka menghepikan aku.. bersama2 di kala susah dan senang.. kini aku harus berdikari sendiri... terbayang wajah gembira abg fuad dan kak fatin disaat kami menghabiskan masa bersama.. terbayang saat2 kami berposing.. letih tue.. wajah afiq yang sentiasa ada.. sebenarnya tuhan mahu aku belajar menghargai orang2 yang aku ada dalam hidup ini..
Kepada sahabat aku nadiya khalik.. terima kasih dgn nasihat jujur itu.. tiada lagi kawan yang pernah sanggup berkata-kata macam tu melainkan kau untuk kebaikan diri aku.. ingatan kau yang telus dan tulus itu amat2 aku hargai.. aku akan cuba mengubah diri... surah al mulk itu tidak susah.. tp yang susah ada hati keras aku ini.. insy.. untuk permulaan mungkin sukar.. tp akan ada sedikit kudrat dari tuhan ini untuk aku... ikhlas dari hati kecil ini.. ko lah sahabat yang ikhlas ditakdirkan untuk aku.. teringat masa foundation macam mana kau menguruskan duit aku.. haha.. lucu bila terpaksa menyorok2 nak ambik duit.. takut tue dengan ko masa tue....!!
untuk kok ana.. mu pun best gak.. sentiasa ada berkongsi cerita.. tak sangka masalah mu lebih berat dari aku.. dan kok yong.. ececece.. bukanlah cik zulie, lie.. ko partner aku yang paling best..!!
p/s- usaha untuk membahagiakan diri dari menempuh saat2 luka sebenarnya tidak berjaya.. ingatan itu makin kuat.. tp yang berjayanya ialah menguatkan tali silaturrahim dengan kawan2.. dan itulah yang paling membahagiakan..

4 comments:

Budak Hati said...

kawan itu penting :)

jth bangun kite bersame

iKhRam said...

tu la.. Tq bang.. dulu tak nampak semua ni.. skrg ni baru tersedar.. lama jugka nak kenal ati budi masing2..

[ Z U L I E ] said...

thanks..
kawan mmg penting..=)smile..peace!(dgn gaya tersendiri)haha

princess pisang said...

i dunno why im crying rite now..