I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 24, 2010

Luqman ! Oh Luqman !


Semalam aku g pasar malam dekat USM.. lepas beli nasi ayam dua bungkus, aku g makan kat tesco extra.. apa nak buat nasi kerabu yang aku mau dah abis pulak.. senyum2 jer pakcik nasi kerabu tu.. senyum kekayaan.. hahaha.. sedikit kecewa jugak la sebenarnya.. tp aku pujuk hati aku dgn tawa bersama kawan2.. kesian aku kempunankan nasi kerabu.. teringat pulak batu belah batu bertangkup..

Sampai masa nak makan.. ada budak dalam lingkungan 6 tahun datang kat aku.. dia bertanya dengan suara manja.."sir kenal tak luqman??" sambil merujuk diri dia.. budak ni manja tapi ekpresi dirinya seolah2 macam tak de apa2.. ada kala aku keliru die ni gembira atau sedih nie jumpa aku nie??.. aku memang ingat tak ingat.. aku pulak yang bertanya kali ni.."luqman yang mana??"

'luqman yang kat sekolah mutiara perdana.." kali ni baru dia pandang muka aku tepat..

astagfirullah al azim.. macam mana la aku boleh terlupakan budak comel ni.. yang selalu menemani waktu2 tekanan aku sewaktu practikal.. yang menggantikan rasa rinduku pada adik kandung aku sendiri.. bagaimana boleh aku lupakan budak indah yang senttiasa mahu aku menghantarnya pulang, bagaimana aku boleh melupakan budak yang aku kendong sepanjang hari sukan.. dan mana boleh aku lupakan budak cilik ini yang selalu aku cium pipinya di saat aku pulang..

"Ya Allah Luqman.. sir ingat, sapa la td?.. tak.. tak.. sir tak lupa kamu.. sir ingat.." dia kini aku lihatkan dah semakin besar dan tinggi.. cepatnya membesar..

Betullah kata-kata emak.. kebiasaannya seorang guru selalu terlupakan anak2 didiknya.. bayangkan aku yang belum menjadi cikgu ni pun dan beratus2 anak2 murid.. hahaha!! semoga luqman akan menjadi anak bangsa yang baik di dunia dan akhirat.. itulah harapan.. dan malam tu aku pulang dengan perasaan puas.. aku percaya rezeki aku di mktb ni bukan kerana kejayaan aku semata-mata.. tp kerana doa guru2, anak2 murid, kakitangan sekolah dan doa tak putus2 dari mak dan abah yang selama ini melahirkan dan membesarkan aku..

p/s - mak abah, abg memang perlukan mak dan abah saat ini.. mak..., datanglah pujuk hati abg..


2 comments:

bna said...

terharunye bace post nih.. such a privilege to be a pendidik. being loved, remembered and appreciated by all of the students.

iKhRam said...

best sgt2.. sampaikan masa nak balik pun terfikir2 lagi.. apa yg aku dah buat sampai budak2 still ingat kat aku.. siap nak call2.. nak mesej2.. hurmm.. best dan abngganya menjadi seorang pendidik