I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 21, 2010

Hari 17, Aku Ragu

Ada masa tersenyum bukan bermaksud puas.. tp lebih kepada lega..
Teringat kpd pertemuan pertama semalam.. yer.. banyak jugak yg aku bualkan memandangkan die tak kekok dan aku pula dah berani untuk menenangkan diri.. cuma aku mungkin tak biasa dgn keadaan sekeliling.. Aku mula mengenali sikit demi sikit perihal hidup dia.. maklumlah budaya hidup kami berbeza.. tp aku rasa aku terlalu byk bercerita tentang fatin, adik aku sorang tu..!! apsalnya.., aku pun tak tau.. die pun byk jugak cerita pasal keluarga die.. secara jujur, pada pandangan aku dia agak terbuka tentang kisah hidupnya.. keseluruhannya dia datg dari keluarga yang baik dan kehidupannya agak senang..
Aku mungkin tak de masalah untuk menghabiskan masa dengan die tp untuk mengajak dia ke pertemuan seterusnya, itu yang menjadi masalah.. bayangkan sejak akhir2 nie die aku rasakan sibuk.. ada masa2nyer aku terpaksa ternanti2 balasan mesej dari dia.. tp bila mengenangkan mesej balasnya menunjukkan respon yang positif, aku buang pemikiran2 yang tidak2 kepadanya..
Apapun pertemuan siang td.. memang buat hati tak keruan.. bayangkan dalam tak sedar dia muncul tiba2 di hadapan aku.. sambil mengambil peluang menegur aku.. bayangkan dia kini berdiri di hadapan aku.. masa tu aku rasa aku mungkin dalam perhatian dia.. dia pulak aku perhatikan cantik sgt dengan baju kurung yang dia pakai.. hahaha.. kalau ada kawan2 yang sedar, sedar la.. tp senyuman dia tetap jadi ingatan untuk aku..
kepada wanita2 di luar sana.. bukan semua lelaki sentiasa mudah mengajak, mengajak dan mengajak.. ada ramai lagi lelaki yang ada di bumi ni yang memerlukan respon anda terlebih dahulu.. tolonglah.. aku mungkin lelaki yang memikirkan hak-hak anda.. waktu2 anda dan kebajikan anda.. Wahai wanita2, jadi nyatakanlah dgn jelas sekiranya anda sudah bersedia...k?

2 comments:

qamarul said...

agree

LaraDyana said...

Salam..hahahahaha....(gelak jahat sikit) ermmm nmpknya tu prkmbgn yg positif....so ingt psn akak k...jgn trburu2 jgn gopoh2....gud luck :)