I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 9, 2010

Men in Red

wei... ni apehal berhimpit2.. nie???

orang2 tinggi seperti kami, slalunya menjadi mangsa pancaran mentari..

3 serangkai.. tp lain fahaman,...!!

amir, apit, shin chan, & ketua blok kami.. mr hadi
mencebik nampak mr hadi ari nie??

Hari ni bengang jugak la.. ingatkan sebab kuliah ganti, tak de la perhimpunan.. dah la malam tadi aku tido lambat giler nak mampos..!! Last2 rumate aku si 'pencinta wanita' tu kejutkan.., cakap ada perhimpunan.. dengan baju PBSM yang merah menyala.. dalam hati aku bercakap , "nasib baik aku tak campak buang baju tu dalam raga hari tue.... kalau tak, pakai baju masam la gamaknya hari ni.." Bayangkan?? Hari sabtu dengan perhimpunan - memang terasa bengong!!!
Tapi ada kala yang kita tak suka tu la.. ada kebaikannya..!! masa nak turun tangga, terserempak dengan si gadis 'macho' itu lagi.. dan hati ini macam berkocak2 di pagi2 hari.. bila mengenangkan mata aku tgh sepet selari.. taik mata bertepek2.. baik aku pandang die sket2 jer.. nnt die tau aku ni lelaki yg tak ensem time pagi2.. hahaha.. Tetiba perut yang pedih jadi kenyang pulak..!
Ada perjumpaan tutorial peribadi.. lengkapkan fail peribadi masing2.. dan tutor peribadi kami, Pn Noorhaliza Abd Rahman adakan satu aktiviti di mana kami perlu catatkan satu perkataan melambangkan diri kawan2 sekelas kami.. Jgn risau, aku catat yang baik2 jer pasal korang semua.. termasuk rumate aku nan satu.. Kemudian kelas Assessment - tgok video budak2 ni buat PEKA kat sekolah.. mengantuk dan terus balik... !!


tutor peribadi kami - Pn Noorhalizah..
saya tulis...
cikgu - penyayang, riang, romantik dan 'sweet'
cikgu cantik di mata saya..!!


No comments: