I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 14, 2010

Balai Bomba Bayan Baru (B.B.B.B.)

Hari ni kelas kami dengan izin dariNya serta berkat bersatu padu dan toleransi bersama, kami telah pun menjayakan perancangan untuk melawat Balai Bomba Bayan Baru, P.Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman langkah2 pencegahan kebakaran disamping mengetahui aspek2 penjagaan peralatan perkakas pihak bomba. Lawatan ini ada kaitannya dengan subjek Lab. Management yang kami pelajari sem nie.. Lawatan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang pensyarah kami yang sememangnya 'vogue' dan malatop !! Tq Kepada Pn Noorhalizah dan Pn. Azilina yang sudi memberi peluang dan bersama2 menjaya majlis ini..


Sehari berada di Balai Bomba Bayan Baru nie, macam2 kami dapat.. dapat turun dari tingkas atas blok ke bawah dengan cara menggelongsor menggunakan tiang.. aku yang last sekali buat atas alasan penyakit gayat yg extreme kroniknya.. tp atleast buat kan?? Lepas tu try padam kebakaran dgn hos api.. walaupun jadi pak turut, keje support hos .. aku aku seronok.. dah la dpt mandi dengan air pili bomba free..!! Lepas tu dapat pulak naik kenderaan yang bernilai RM 2.2 juta.. Wow.. jgn la terkejut sgt cik kiah oii !! Kitaorang naik jentera bomba la.. best.. naik hampir sepuluh orang dalam jentera tu.. sekali jentera ni melambung2 la pulak... cam naik kapal layar.. siap main drift2 lagi.. senget2 kat selekoh... mau terpelanting aku yang ringan ni.. sampaikan ada la antara kami yang hampir tercium sama sendiri.. hampir ok? x kene lagi.. hahaha.. Bukan itu jer.. malam masa presentation byk juga pengetahuan baru yang kami terima dr encik Azman tntg jenis2 kebakaran, unsur2 yang terlibat dalam kebakaran dan sebagainya..
Kesimpulannya, aku memang seronok di sini.. Terima kasih kepada Pihak Bomba Bayan Baru atas layan yang kami anggap begitu baik sekali terutama En. Azman.. penerangan anda, memang 1st class..!! InsyaAllah ada masa kita singgah lagi k? kali ni nak blaja turun guna tangga yang tinggi yang terlekat kat jentera tu lak.. hahaha.. entahkan berani ntah kan tidak la aku nie.. wallahualam !!! hahaha.. wakaka !!

p/s- bukan senang nak jadi bomba.. susah memang susah.. ! Naseb baik aku tak jadi bomba.. klau tak ada gak yang padam api dgn seluar dalam.. hahaha..

3 comments:

Budak Hati said...

mmg best! nk himpun duit beli jentera bomba

princess pisang said...

bes gile kan..dah la laju...

iKhRam said...

rasa cam nak naek lagi.. kali ni die nak anta g sp pun tak per..